Team Vamos (VMS), Homebois (HB), Monster Vicious (MV), dan AERO Esports (AERO) melengkapkan senarai baki pasukan yang layak ke playoffs.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 21 Oktober 2025—Perkiraan
detik menuju era baharu esukan Malaysia kini bermula! Regular Season bagi Liga
Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia Musim Ke-16 kini berakhir
dan dengan Playoffs yang akan tiba ini, peminat mempunyai peluang terakhir
untuk merasai babak ini dalam MPL Malaysia sebelum ia berkembang kepada format francais yang dipertingkatkan pada tahun 2026.
Playoffs musim ini akan
menjadi salam perpisahan dan pembuka tirai—menutup satu bab bersejarah sambil
membuka jalan kepada transformasi liga ke arah "format francais yang
dipertingkatkan" yang direka untuk menawarkan kestabilan jangka panjang, pengalaman
pasukan yang lebih berkualiti serta penglibatan komuniti yang lebih meluas.
Sejak penubuhannya pada 2018, liga ini berkembang menjadi sebahagian penting
ekosistem esukan di Asia Tenggara, melahirkan bakat-bakat terhebat,
memperkasakan komuniti dan membina sebuah generasi ikon Mobile Legends: Bang
Bang (MLBB).
Playoffs ini menjadi peluang terakhir untuk peminat merasai pengalaman liga ini dalam format sedia ada sebelum ia bertukar format pada tahun depan. Playoffs kali ini akan menawarkan peminat lebih dari sekadar pengalaman kompetitif bertaraf dunia malah ia juga akan meraikan evolusi esukan Malaysia serta para atlet yang membentuk era keemasannya. Sambutan ini akan dizahirkan melalui Anugerah MPL Malaysia Musim Ke-16, termasuk kategori baharu untuk media iaitu "Anugerah Kandungan Terbaik Media 2025" bagi mengiktiraf tiga kandungan penceritaan terbaik dalam media bagi sepanjang musim ini.
Playoffs
Musim Ke-16 ini akan bertempat di Taman Ekspo
Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, Selangor dari 13
November hingga 16 November. Dapatkan tiket untuk Playoffs sekarang di Laman Web Rasmi.
Perlumbaan Merebut Takhta: SRG dan CG
Mendahului
Selepas enam minggu
pertarungan sengit Regular Season, Selangor Red Giants OG Esports (SRG) dan CG
Esports (CG) berjaya mengesahkan slot di Upper Bracket, membuka tirai kepada
kepada sebuah Playoffs bersejarah di mana legasi, maruah dan perubahan bakal
bertembung.
- SRG—Juara liga sebanyak tiga kali ini meneruskan dominasi di liga dengan mendapatkan 24 mata dengan tiada rekod kekalahan sepanjang Regular Season. Prestasi cemerlang ini akan diteruskan dan mereka bakal mengukir nama dalam sejarah untuk mendapatkan gelaran juara empat kali berturut-turut sebelum era baharu bermula tahun depan.
- CG—Juara Liga Akademi MLBB Malaysia (MAL MY) Musim Ketiga ini ditakdirkan untuk mencabar dinasti milik SRG. Di bawah bimbingan Sang Ketua, Muhammad Danial "CikuGais" Mohamad Fuad, salah seorang dari atlet MLBB paling berjaya dan disegani serta salah seorang dari tiga pemain yang pernah mewakili Malaysia dari kejuaraan dunia M1 hingga M4, sudah pasti veteran-veteran MLBB ini berjaya mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya mengumpulkan keseluruhan 18 mata pada kemunculan sulung mereka di MPL musim ini.
Team Vamos (VMS) di tempat
ketiga dengan 17 mata, Homebois (HB) di tempat keempat dengan 15 mata, Monster
Vicious (MV) di tempat kelima dengan 15 mata (tapi mempunyai kekurangan dari
rekod head-to-head dengan HB, kalah 0-2 di tangan mereka pada Minggu Keempat)
dan AERO Esports (AERO) dengan 13 mata sekali gus melengkapkan senarai pasukan
berbaki yang layak ke Playoffs.
Nota mengenai Peraturan Tiebreaker Regular
Season di Musim Ke-16:
- Sepanjang Regular Season, pasukan akan dimerit berdasarkan Live Points; mata ini dikumpul melalui keputusan perlawanan Best-Of-Three setiap pasukan. Kemenangan 2-0 memberikan tiga mata; kemenangan 2-1 memberikan dua mata; kekalahan 1-2 memberikan satu mata; kekalahan 0-2 tidak memberikan sebarang mata.
- Jika terdapat lebih daripada satu pasukan terikat dan tidak dapat ditentukan pemenang melalui ranking Live Points, pasukan yang terikat akan diranking berdasarkan Mata Agregat iaitu jumlah kemenangan perlawanan. Setiap kemenangan perlawanan bernilai +1 mata, manakala kekalahan perlawanan ditolak -1 mata.
- Jika masih terikat, penentuan seterusnya akan dibuat berdasarkan rekod pertemuan terus (head-to-head) antara pasukan yang terlibat.
Perlawanan pembukaan Playoffs pada 13 November bakal menyaksikan sebuah pertembungan epik antara MV ke atas HB pada jam 3:00 PM GMT+8. MV pastinya hadir dengan misi membalas dendam ke atas HB selepas tewas 0-2 di Regular Season; keputusan itu menjadi satu-satunya perbezaan antara kedua-dua pasukan dalam kedudukan Regular Season. Pertembungan antara VMS dan AERO akan diteruskan pada jam 7:00 PM GMT+8.
Keseluruhan aset media
(jadual perlawanan, naratif, nama pasukan dan foto pasukan serta foto
perlawanan) boleh diakses di pautan MPL Malaysia Season 16 Media Assets Google Sheet.
Untuk mengikuti
perkembangan terkini mengenai MPL Malaysia, ikuti MPL Malaysia di Facebook, Instagram, TikTok, laman web.
###
Mengenai Mobile Legends: Bang Bang
Mobile Legends: Bang Bang
adalah salah satu permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) mudah alih
yang paling popular di seluruh dunia, yang menyatukan komuniti melalui
kerjasama berpasukan dan strategi. Dengan lebih daripada 1.5 bilion muat turun dan
110 juta pengguna aktif bulanan, permainan yang memenangi anugerah ini berada
dalam kalangan 10 permainan paling banyak dimainkan di lebih 80 negara. Dengan
jangkauan yang luas di seluruh wilayah Asia Pasifik, permainan ini boleh
didapati di 139 negara dengan kehadiran esports global yang meluas.
Mengenai Mobile Legends: Bang Bang Esports
Ditubuhkan pada 2017,
Mobile Legends: Bang Bang Esports berfungsi sebagai platform untuk pemain
mengejar impian mereka menjadi atlet esukan dan membuka peluang dalam ekosistem
esukan antarabangsa. Sejak itu, MLBB Esports telah berkembang ke pelbagai liga,
termasuk siri MPL yang dianjurkan di Asia Tenggara, Timur Tengah, dan Amerika
Latin; MPL adalah siri acara esukan pertama yang melepasi 1 bilion jam tontonan
di seluruh dunia.
Mengenai MOONTON Games
Ditubuhkan pada 2014,
MOONTON adalah syarikat permainan video global yang berdedikasi dalam
pembangunan permainan, penerbitan, dan esukan. Dengan lebih daripada 1,600
pekerja di seluruh dunia, syarikat ini mengendalikan pejabat di Indonesia,
Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika Latin, dan China. Ia telah berjaya
melancarkan beberapa permainan mudah alih berprofil tinggi di peringkat global
dan telah membina hubungan jangka panjang dengan kerajaan serta organisasi
esukan di lebih daripada 30 negara di seluruh dunia. Mobile Legends: Bang Bang
adalah permainan utama mereka dan merupakan permainan multiplayer online battle
arena (MOBA) mudah alih terkemuka di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut,
layari https://en.moonton.com.
Untuk pertanyaan media atau permintaan
temubual, sila hubungi:
Marcus Lim
Ketua Perhubungan Awam
Antarabangsa di MOONTON Games
Telefon bimbit: +65 9069
2651
Emel: marcuslim@moonton.com