Mobile Legends: Bang Bang Professional League MY Musim 12 (MPL MY S12) adalah liga e-sukan perintis untuk Mobile Legends: Bang Bang di Malaysia. Peringkat Qualifiers untuk MPL MY S12 dijalankan secara atas talian manakala peringkat Regular Season dan Playoffs akan dilakukan secara luar talian atau on-ground. 

10 pasukan, termasuk 8 pasukan jemputan bersama 2 pasukan yang layak dari peringkat Qualifiers akan bertarung dalam Regular Season, di mana hanya 8 pasukan teratas sahaja akan meneruskan ke peringkat Playoffs.

Keberanian pasukan yang layak ke peringkat Playoffs akan diuji, dimana mereka akan berjuang untuk peluang memenangi kumpulan hadiah utama wang tunai sejumlah USD$ 100,000! Kejohanan MPL MY S12 akan disiarkan SECARA LANGSUNG di semua laman media sosial rasmi MPL MY termasuk Facebook, YouTube & Tiktok.

MPL MY S12 dibawakan khas kepada anda oleh Moonton, dipersembahkan oleh Internet Mudah Alih Rasmi HOTLINK, disokong oleh Telefon Pintar Rasmi ROG dan diikuti oleh Garnier Men sebagai penaja rasmi. OSIM sebagai penaja kerusi gaming rasmi. Super Sunday sebagai rakan Merchandise serta diraikan bersama ESI, Mister Potato, Nescafe, Head and Shoulder, Tiktok, Perbadanan Stadium Malaysia dan Astro Arena sebagai rakan E-Sukan.

MPL MY telah diasaskan secara rasmi pada 2017 di mana IDNS SG menjadi juara pertama untuk Musim julung kali itu. Musim ke-2 berlangsung dari Ogos hingga Oktober 2018 yang menyaksikan Saiyan Reborn dinobatkan sebagai pemenang pertama bagi negara Malaysia. Berikutan itu, Musim ke-3 diadakan pada Januari hingga April 2019 tetapi kali ini, mahkota MPL MY telah dirampas oleh rakan sepasukan Malaysia, Geek Fam. Pada Musim ke-4, kami menyaksikan satu persaingan yang sangat sengit tetapi EVOS Esports berjaya merangkul gelaran sebagai juara di peringkat akhir. Pasukan Resurgence dinobatkan juara untuk Musim ke-5 selepas menguasai keseluruhan musim. Musim ke-6 ialah kemenangan sempurna untuk TODAK, yang tidak tewas satu perlawanan sepanjang musim. Musim ke-7 adalah kebangkitan RSG MY, yang berjaya mencuri gelaran juara MPL MY daripada TODAK. Baru-baru ini, Team SMG telah dinobatkan sebagai Juara MPL MY S8 selepas prestasi yang menakjubkan semasa Peringkat Regular Season dan Playoffs. Musim ke-9 kita telah melihat sekali lagi TODAK memegang piala MPL! Kini, pencabar terbaru yang bersaing dari qualifier dan terus menjadi Juara MPL Musim ke-10 iaitu Team HAQ, dan baru baru ini Todak sekali lagi mencatat rekod sebagai pasukan pertama di Malaysia yang mendapatkan kejuaraan MPL MY sebanyak 3 kali!