Juara bertahan MPL Malaysia, Selangor Red Giants OG Esports mengunci slot Upper Bracket di Playoffs dan menumbangkan CG Esports dari carta teratas Regular Season di minggu kelima yang penuh debaran.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 13 Oktober 2025—Liga
Profesional Mobile Legends: Bang Bang
(MPL) Malaysia mengacah kolaborasi dengan Predator: Badlands, sebuah filem aksi sains fiksyen Hollywood akan
datang dalam francais Predator. Kolaborasi ini akan menyaksikan dunia Land of
Dawn dan Predator bersatu dalam pelbagai platform termasuk siaran rasmi,
saluran milik liga serta tayangan eksklusif filem khas buat peminat.
Berlatarkan masa depan di
sebuah planet terpencil yang berbahaya, Predator:
Badlands mengikuti perjalanan seorang Predator muda yang diusir dari
kaumnya dan menemui sekutu yang tidak disangka dalam misi berbahaya mencari
musuh terhebat. Predator: Badlands
kini ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Krystal Tan, Ketua Pembangunan Perniagaan
Esukan Malaysia di MOONTON Games, berkata: "Predator: Badlands merupakan kolaborasi kedua liga ini bersama
francais besar Disney musim ini (selepas TRON: Ares). Ini membuktikan
bagaimana MPL Malaysia dan dunia
esukan telah berkembang menjadi sebahagian daripada budaya yang dekat di hati
generasi muda masa kini. Menjelang musim depan dengan format francais yang dipertingkatkan, kerjasama ini
mencerminkan hala tuju berani dan kreatif kami untuk memperkaya pengalaman
peminat serta memperkukuh keseluruhan ekosistem. Esukan kini bukan sekadar
pertandingan; kami mahu menjadikannya produk hiburan sukan nombor satu di
Malaysia untuk anak muda,"
Soloz dan 7GL dijulang sebagai "Kami
Anak MLBB"
Mobile Legends: Bang Bang
(MLBB) menyambut Ulangtahun Ke-9 dengan mendedahkan "Kami Anak MLBB,
sebuah roster yang terdiri daripada pencipta kandungan Malaysia yang popular.
Ini termasuklah Muhammad Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz yang
mana kisah hidupnya menginspirasi ramai anak muda menerusi filem biopik
berkisarkan tentang dirinya yang berjudul "Game of Life".
Soloz berkata: "Komuniti ini yang menjadikan MLBB sangat istimewa. Dengan bermain MLBB, ianya sangat dekat di hati. Kami Anak MLBB—ia bukan sekadar slogan tapi ia adalah siapa kami sebenarnya,"
Barisan atas, dari kiri ke
kanan: Muhammad "LitharaLala" Farhan; Mohammad "Makdi"
Hamdi; Amirul "Feekz" Shafiq; Andi "Peakhyung" Alfian;
Muhammad "Sultan Riq" Haiqal; Ding "DJY" Jia Yong. Barisan
bawah, dari kiri ke kanan: Zulfikar "Obot"; Muhd Bisyar "Yennete" Al Hafii; Sofian "XK
Penjahat"; Muhammad Faris "Soloz" Zakaria; Wan Nur Adibah
"Dibo" Humairah; Fahri "Ombong Haha"; Nazerul
"Aul".
Hajat Hari Jadi MLBB: Elite Skin Percuma
Untuk Pemain Malaysia!
MOONTON Games, syarikat
permainan antarabangsa yang membangunkan MLBB, semalam (12 Oktober) turut
mengesahkan yang mereka akan menunaikan hajat hari jadi seorang peminat—untuk
semua pemain di Malaysia menerima satu skin elite. Peminat itu menyatakan hajat
di siaran langsung selepas dijemput ke atas pentas untuk berkongsi hajat hari
jadinya untuk MLBB. Ini adalah pertama kali dalam sejarah MLBB di mana hajat
seorang pemain di Malaysia menjadi kenyataan, satu pencapaian penting yang
mencerminkan strategi pertumbuhan hiper-lokal MOONTON Games. Ganjaran ulang
tahun istimewa ini dilancarkan dalam permainan pada hari ini (13 Oktober) tepat pada waktu tengah malam dan hanya boleh dituntut selama
48 jam sahaja.
SRG Menumbangkan CG Dan Layak Ke Playoffs,
Hanya Tinggal Empat Lagi Slot Playoffs!
Selangor Red Giants OG
Esports (SRG) berjaya mengunci slot di Upper Bracket di Playoffs selepas
mendapatkan mata penuh dalam dua perlawanan dimainkan pada Minggu Kelima. Juara MPL MY tiga kali berturut-turut ini menewaskan
Team Rey (TR) dan Monster Vicious (MV) untuk merampas takhta sebagai juara liga
di Regular Season untuk pertama kali pada musim ini. Mereka kekal dengan rekod
tanpa kalah dengan 21 mata.
CG Esports (CG) berasa
sedikit goyah pada minggu kelima, tewas 1-2 di tangan Homebois (HB) dan
kedudukan mereka di ranking teratas liga kini diancam. Meskipun begitu, CG
hampir membolot slot Upper Bracket Playoffs dengan 18 mata; mereka hanya perlu
mendapatkan satu mata ke atas Team Vamos (VMS) di minggu keenam, hari kedua (18
Oktober). Perlawanan mereka pada jam 3:00 PM GMT+8 itu adalah penentu
segalanya.
Bracket Playoffs kini
jelas sementara kita memasuki minggu terakhir Regular Season Musim Ke-16.
Empat slot Playoffs masih
menjadi rebutan menjelang minggu keenam di Regular Season Musim Ke-16:
• Homebois kini di tempat
ketiga dengan 15 mata, hanya satu mata lagi untuk mengesahkan tempat ke
Playoffs. Namun peluang mereka ke Upper Bracket agak tipis di mana mereka perlu
menewaskan AERO Esports 2-0 dan berharap CG tewas 0-2 kepada VMS pada Minggu
keenam.
• VMS, di tempat keempat
dengan 14 mata hanya perlukan satu mata menentang CG untuk mengesahkan slot
Playoffs mereka. Namun, peluang ke Upper Bracket sudah tertutup kerana mereka
hanya mempunyai satu perlawanan sahaja pada minggu ini.
• Monster Vicious (MV) di
tangga kelima dengan 12 mata masih berpeluang ke Upper Bracket, tetapi perlu
mengakhiri Regular Season ini dengan kemenangan bersih (2-0) dan mengharapkan
CG tumbang 0-2 kepada VMS.
• Untitled (UNT) di tempat
keenam dengan 10 mata masih mengawal nasib sendiri. Kemenangan bersih 2-0 ke
atas GamesMY Kelantan (GMXK) akan memastikan tempat mereka ke Playoffs. Jika
kurang daripada itu, peluang mereka bergantung pada keputusan pasukan lain.
Sila rujuk rajah di bawah
untuk kedudukan terkini Regular Season selepas pengakhiran minggu kelima:
Jadual perlawanan di
Minggu Keenam adalah seperti berikut:
Keseluruhan aset media
(jadual perlawanan, naratif, nama pasukan dan foto pasukan serta foto
perlawanan) boleh diakses di pautan MPL Malaysia Season 16 Media Assets Google Sheet.
Untuk mengikuti
perkembangan terkini mengenai MPL Malaysia, ikuti MPL Malaysia di Facebook, Instagram, TikTok, laman web.
Dapatkan tiket perlawanan
di laman web rasmi.
###
Mengenai Mobile Legends: Bang Bang
Mobile Legends: Bang Bang
adalah salah satu permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) mudah alih
yang paling popular di seluruh dunia, yang menyatukan komuniti melalui
kerjasama berpasukan dan strategi. Dengan lebih daripada 1.5 bilion muat turun
dan 110 juta pengguna aktif bulanan, permainan yang memenangi anugerah ini
berada dalam kalangan 10 permainan paling banyak dimainkan di lebih 80 negara.
Dengan jangkauan yang luas di seluruh wilayah Asia Pasifik, permainan ini boleh
didapati di 139 negara dengan kehadiran esports global yang meluas.
Mengenai Mobile Legends: Bang Bang Esports
Ditubuhkan pada 2017,
Mobile Legends: Bang Bang Esports berfungsi sebagai platform untuk pemain
mengejar impian mereka menjadi atlet esukan dan membuka peluang dalam ekosistem
esukan antarabangsa. Sejak itu, MLBB Esports telah berkembang ke pelbagai liga,
termasuk siri MPL yang dianjurkan di Asia Tenggara, Timur Tengah, dan Amerika
Latin; MPL adalah siri acara esukan pertama yang melepasi 1 bilion jam tontonan
di seluruh dunia.
Mengenai MOONTON Games
Ditubuhkan pada 2014,
MOONTON adalah syarikat permainan video global yang berdedikasi dalam
pembangunan permainan, penerbitan, dan esukan. Dengan lebih daripada 1,600
pekerja di seluruh dunia, syarikat ini mengendalikan pejabat di Indonesia,
Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika Latin, dan China. Ia telah berjaya
melancarkan beberapa permainan mudah alih berprofil tinggi di peringkat global
dan telah membina hubungan jangka panjang dengan kerajaan serta organisasi
esukan di lebih daripada 30 negara di seluruh dunia. Mobile Legends: Bang Bang
adalah permainan utama mereka dan merupakan permainan multiplayer online battle
arena (MOBA) mudah alih terkemuka di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut,
layari https://en.moonton.com.
Untuk pertanyaan media atau permintaan
temubual, sila hubungi:
Marcus Lim
Ketua Perhubungan Awam
Antarabangsa di MOONTON Games
Telefon bimbit: +65 9069
2651
Emel:
marcuslim@moonton.com