[BM] Tempat teratas kini terjamin! Selangor Red Giants kini idamkan penciptaan sejarah selepas persembahan dominan di Minggu 5 MPL Malaysia Ke-13 Regular Season
6 May 2024
  • Selangor Red Giants berada dalam kedudukan selesa untuk menjadi pasukan pertama dalam sejarah MPL Malaysia yang tidak pernah kalah di dalam mana-mana perlawanan Regular Season selepas mengalahkan King Empire Esports (pada Hari 2) dan Barracuda Esports (pada Hari 3).
  • Juara bertahan, Homebois, memastikan tempat kedua dan slot Playoffs selepas kemenangan ke atas NINERS (pada Hari 1) dan Bountee Esports (pada Hari 3).
  • Berlangsung dari 11 hingga 12 Mei, Minggu 6 adalah pusingan penentu Regular Season yang bakal memberikan peluang terakhir kepada pasukan-pasukan untuk mencipta kegemilangan ataupun kelangsungan pasukan - enam pasukan yang berbeza 3 mata akan bertarung untuk empat slot Playoffs, manakala empat pasukan yang berbeza 3 mata akan bertarung untuk merebut dua slot selamat yang terakhir.

 


Sang jaguh pastinya mengenali sesama sendiri. Pemain EXP Laner Selangor Red Giants, Mark "Kramm" Genzon Sojero Rusiana, dinobatkan oleh rakan sepasukannya, Ilman "Goj3s" Zareef bin Zulkifli, selepas menunjukkan persembahan MVP dalam perlawanan menentang King Empire Esports pada Minggu 5, Hari 2.

 

KUALA LUMPUR, 6 Mei Selangor Red Giants hanya berbaki satu perlawanan lagi untuk mencatatkan nama mereka ke dalam sejarah Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia. Pasukan Red Giants menewaskan seteru-seteru mereka dengan bergaya, King Empire Esports (pada Hari 2) dan Barracuda Esports (pada Hari 3) dalam Minggu 5 ke-13 Regular Season untuk menempatkan diri mereka sebagai pasukan pertama dalam sejarah MPL Malaysia yang bakal mengakhiri Regular Season dengan rekod tanpa kalah dalam mana-mana perlawanan. Mereka bakal mengetepikan rekod Team SMG di MPL MY Musim Ke-11 di mana mereka hanya kalah satu perlawanan dalam sembilan perlawanan.

 

King Empire Esports bermati-matian memaksa Red Giants ke kancah permainan terlama mereka di musim ini - 23 minit dan 22 saat - di Permainan 2, tetapi tidak dapat menganggu rekod bersih penghulu liga musim ini. Dengan mendahului jadual Regular Season, Selangor Red Giants mendapat slot terus ke Pusingan Atas (Upper Bracket) Separuh Akhir Playoffs.

 

Jurulatih Selangor Red Giants, Michael "Arcadia" Angelo Bocado berkata, dalam temu bual pasca-perlawanan Hari 3: "Kami sangat yakin dengan musim ini. Bagi kami, cabaran terbesar adalah menjadi terlalu yakin. Jadi kami mahu mencari keseimbangan yang baik di antara keyakinan dan kelekaan. Sebelum musim ini bermula, perbincangan kami sebagai satu pasukan adalah untuk 'menikmati perjalanan ini', kerana kami tahu kami memang mampu untuk memenangi kesemua perlawanan. Kami cuba elakkan tekanan."

 

Penyandang juara, Homebois, mengunci tempat kedua kedudukan liga dan slot yang paling diidamkan, iaitu Separuh Akhir Pusingan Atas (Upper Bracket), berkat kemenangan ke atas NINERS (2-1 pada Hari 1) dan Bountee Esports (2-0 pada Hari 3). Juara Musim Ke-12 itu telah memenangi tujuh perlawanan berturut-turut sejak kekalahan pada hari pembukaan mereka kepada Selangor Red Giants.

 

RSG Malaysia (pada Hari 2) dan NINERS (pada Hari 3) bergabung untuk menghancurkan harapan TODAK untuk mengejar Homebois pada Minggu 5. Juara Musim Ke-7 itu menunjukkan persembahan yang mantap untuk menewaskan TODAK 2-1 untuk terus naik di tangga liga, dengan EXP Laner mereka, Muhammad Arif "RIPPO" bin Abdul Halim, menunjukkan persembahan MVP di hadapan tunangnya di dalam stadium. NINERS kemudiannya melakar kemenangan bersih ke atas juara MPL Malaysia sebanyak tiga kali itu untuk meningkatkan harapan mereka untuk mengekalkan slot MPL MY mereka walaupun hanya mencatat dua kemenangan di musim ini.

 


Muhammad Arif "RIPPO" bin Abdul Halim, EXP Laner RSG Malaysia, dengan gaya kemenagan selepas persembahan menakjubkan beliau ketika melawan TODAK pada Hari 2. Tonton video di sini.

 

Di penghujung Minggu 5, berikut adalah kedudukan liga:

 


 

Pratonton Minggu 6: Peluang Terakhir untuk Kegemilangan atau Kelayakan

Berlangsung dari 11 hingga 12 Mei, minggu terakhir Regular Season ke-13 bakal menyaksikan perubahan kedudukan di dalam liga, di antara tempat ketiga dan kesepuluh. Enam pasukan - TODAK, King Empire Esports, RSG Malaysia, Team HAQ, NINERS, dan Monster Vicious - yang berbeza 3 mata sedang bersaing untuk empat tempat Playoffs. Empat pasukan - NINERS, Monster Vicious, Barracuda Esports, dan Bountee Esports - yang berbeza 2 mata akan bertarung untuk dua tempat selamat yang pasti (kedudukan ketujuh dan kedelapan), dengan pasukan tempat kesembilan akan bermain dalam perlawanan "Challenger vs Defender" menentang pasukan kedua di dalam Kumpulan Pencabar daripada Mobile Legends: Bang Bang Academy League (MAL MY), berdasarkan ranking Regular Season MAL MY.

 

Bountee Esports memulakan Minggu 6 dengan perlawanan mesti menang menentang RSG Malaysia. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka memenangi perlawanan dengan keputusan bersih 2-0, ianya mungkin tidak mencukupi untuk memastikan kelayakan mereka sekiranya pasukan lain yang juga bertarung mengelak penyingkiran seperti NINERS, Monster Vicious, dan Barracuda Esports, berjaya mendapatkan sebarang keputusan positif pada Minggu 6. RSG Malaysia hanya perlu memenangi satu perlawanan untuk memastikan slot mereka ke Playoffs, tetapi akan cuba untuk memperoleh mata maksimum bagi mempunyai peluang untuk mendahului King Empire Esports di tempat ketiga dan memperoleh undian yang lebih baik semasa Play Ins.

 

Pasukan tempat kelapan, Monster Vicious, perlu mengalahkan TODAK dengan keputusa 2-0 untuk memastikan peluang untuk mengekalkan impian merebut slot Playoffs. Sekiranya mereka berjaya, mereka masih memerlukan King Empire Esports untuk membantu mereka mengalahkan Team HAQ 2-0, dan NINERS pula perlu kalah 2-0 kepada Homebois. Pasukan yang dianggotai 100& pemain Malaysia ini juga perlu berhati-hati terhadap Barracuda dan Bountee Esports yang berada di bawah mereka di dalam kedudukan liga. Setelah kalah kepada NINERS dalam Minggu 5, TODAK juga akan merasakan tekanan yang sama, dengan sebarang kesilapan boleh menyebabkan kedudukan mereka dirampas oleh RSG Malaysia atau Team HAQ.

 

Perlawanan terakhir Hari 1, Barracuda Esports perlu memenangi sekurang-kurangnya satu perlawanan menentang Homebois untuk menyekat Bountee Esports daripada mengejar mereka. Walaubagaimanapun, mereka perlu mendapat keputusan yang lebih baik daripada NINERS dan Monster Vicious untuk mengelakkan berada di tempat kesembilan dan terpaksa bermain dalam perlawanan "Challenger vs Defender"; ini akan menjadi cabaran yang besar bagi mereka yang akan berhadapan dengan Homebois yang berada dalam keadaan baik dan telah layak ke Separuh Akhir Pusingan Atas dalam Playoffs.

 

Pada Hari 2, Team HAQ akan menentang King Empire Esports, dengan pasukan pemenang dijangka berjaya menempatkan diri mereka di kedudukan yang lebih tinggi di dalam jadual.

 

Akhir sekali, Selangor Red Giants akan menentang NINERS untuk menentukan sama ada mereka berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di dalam Regular Season ke-13. NINERS perlu sekurang-kurangnya menyamai keputusan Monster Vicious dan Barracuda Esports untuk memastikan kelayakan mereka, dengan mengatasi kedua-dua pasukan tersebut disebabkan oleh rekod pertembungan langsung, dan melebihi pasukan kedua berdasarkan jumlah mata.

 

Jadual penuh Minggu 6 boleh dirujuk di bawah:

 


 

Dianjurkan oleh MOONTON Games dan IO Esports, dan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Esports Integrated (ESI), MPL Malaysia akan menawarkan peluang kepada dua pasukan negara untuk bersaing bagi memenangi hadiah ~MYR 14 juta (USD 3 juta) yang boleh mengubah kehidupan di Mid Season Cup (MSC) 2024, yang akan diadakan seiring dengan Piala Dunia Esports di Riyadh, Arab Saudi, dari 28 Jun hingga 14 Julai. Juara Musim Ke-13 MPL Malaysia akan memperoleh kelayakan terus ke Pentas Utama MSC 2024, manakala naib juara akan menempah slot ke MSC 2024 Wild Card. MPL Malaysia akan menampilkan hadiah (~USD 100,000) sebanyak ~MYR 468,000.

 

Sentiasa kekal pantas dengan berita terkini dan pelbagai aksi MPL Malaysia Musim Ke-13 dengan Hotlink. Rangkaian 5G Hotlink menawarkan latensi rangkaian tanpa tandingan dengan pelan berpatutan, untuk memberikan akses internet lebih meluas untuk menikmati pengalaman bermain MLBB yang terbaik. Para peminat juga boleh memenangi pelbagai barangan in-game eksklusif, dan barangan dengan hanya melawat booth Hotlink di stadium. Musim ini juga menampilkan kembali rakan-rakan strategik seperti ASUS Republic of Gamers (ROG) dan Nescafe.

 

Muat turun kit media MPL Malaysia Musim Ke-13, yang mengandungi gambar-gambar pemain, personaliti MPL, perlawanan, termasuk juga maklumat penting seperti jadual perlawanan dan platform siaran: https://drive.google.com/drive/folders/1F9Cgl5H1Rd00FpKs5UK2usM3BLjf_aKR

 

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai MPL Malaysia, sila ke Laman Web Rasmi dan ikuti liga di Facebook, TikTok, dan Instagram.