[BM] Jualan tiket kini dibuka untuk Playoffs MPL Malaysia, hadiah lumayan bernilai RM 14 juta menanti di MSC 2024!
23 May 2024
  • Dari 30 Mei hingga 2 Jun, enam pasukan teratas Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Malaysia akan bertarung merebut kejuaraan Musim Ke-13 dan sebahagian daripada hadiah wang tunai USD 100,000 (~RM 468,000).
  • Sehingga dua pasukan akan mewakili Malaysia di Mid Season Cup (MSC) 2024 di Arab Saudi, di mana hadiah wang tunai tertinggi sebanyak USD 3,000,000 (~RM 14 juta) menanti.
  • Tiket sedang laris di https://www.ticket2u.com.my/event/35876/mpl-my-season-13-playoffs. Tiket tempat duduk Teres Atas untuk Grand Finals akan mula dijual pada 1 Jun, mulai jam 11:30 malam GMT+8 – peluang terakhir bagi peminat untuk menyaksikan Grand Finals secara langsung.

 


 

KUALA LUMPUR, 23 Mei Selepas enam minggu perlawanan di Regular Season, pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) terhebat di Malaysia kini tiba di pentas terbesar negara – Playoffs Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

 

Dari 30 Mei hingga 2 Jun, enam pasukan teratas di Musim Ke-13 akan bertarung untuk merebut gelaran juara, sebahagian daripada hadiah wang tunai USD 100,000 (~RM 468,000), dan peluang untuk bersaing bagi hadiah wang tunai lumayan sebanyak USD 3,000,000 (~RM 14 juta) di Mid Season Cup (MSC) 2024, yang diadakan bersempena dengan Piala Dunia Esukan (Esports World Cup) di Riyadh, Arab Saudi, dari 28 Jun hingga 14 Julai. Juara Musim Ke-13 akan mendapat kelayakan terus ke Peringkat Utama MSC 2024, manakala naib juara akan melangkah ke peringkat Wild Card MSC 2024.

 

MPL Malaysia dianjurkan oleh MOONTON Games dan IO Esports, dan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Esports Integrated (ESI).

 

Jadual Playoffs & Format

Playoffs Musim Ke-13 akan mengikuti format penyingkiran secara hibrid. Pasukan yang menduduki tempat ke-3 hingga ke-6 dari Regular Season akan berhadapan terlebih dahulu dalam peringkat Play-Ins, yang akan mengikuti format penyingkiran tunggal dan dimainkan dalam perlawanan Best-Of-Five (BO5). Kedua-dua pemenang akan mara ke Separuh Akhir Upper Bracket, di mana mereka akan bertemu dengan pasukan yang menduduki tempat pertama dan kedua dari Regular Season. Dari braket ini dan seterusnya, semua perlawanan akan menggunakan format penyingkiran berganda dan BO5, dengan Grand Finals akan dimainkan dalam format Best-Of-Seven (BO7).

 


 

Maklumat Tiket

Tiket untuk peringkat Playoffs kini dijual mengikut kategori berikut:

 

  • Play-Ins menawarkan kemasukan percuma untuk semua peminat, dengan tempat duduk di semua kawasan (~1,000 kapasiti tempat duduk) tersedia berdasarkan siapa cepat, dia dapat.
  • Separuh Akhir Upper Bracket, Separuh Akhir Lower Bracket, Final Upper Bracket, dan Final Lower Bracket menawarkan kemasukan percuma ke semua kawasan tempat duduk Teres Atas. Tiket ke kawasan Aras Bawah berharga RM 10.
  • Untuk Grand Finals, tiket ke kawasan Aras Bawah (berharga RM 20) habis terjual dalam masa satu jam selepas dilancarkan. Tiket ke tempat duduk Teres Atas (berharga RM 10) akan mula dijual pada 1 Jun, mulai jam 11:30 malam GMT+8 – peluang terakhir bagi peminat untuk menyaksikan Grand Finals secara langsung.

 

Kesemua tiket boleh didapati di laman web Ticket2U: https://www.ticket2u.com.my/event/35876/mpl-my-season-13-playoffs

 

Tiket dijual berdasarkan siapa cepat, dia dapat dan tertakluk kepada ketersediaan. Kanak-kanak di bawah umur 13 tahun mesti ditemani oleh ibu bapa atau penjaga, dan memerlukan tiket perlawanan yang sah.

 

Selangor Red Giants pasukan kegemaran, tetapi Homebois dahagakan pembalasan

Semua mata akan tertumpu kepada Selangor Red Giants selepas prestasi mereka memecah rekod di Regular Season, di mana mereka menjadi satu-satunya pasukan dalam sejarah MPL Malaysia yang tidak kalah dalam satu pun perlawanan. Walaupun perjalanan tanpa kalah mereka meletakkan mereka 7 mata di hadapan pasukan di tempat kedua, Homebois, jurulatih Michael "Arcadia" Angelo Bocado mendedahkan bahawa pasukan itu berhati-hati agar tidak terlalu yakin, dan ingin mencapai "keseimbangan yang baik antara yakin dan tidak leka." Red Giants akan membuat penampilan antarabangsa pertama mereka dalam ekosistem MLBB Esports sekiranya mereka menamatkan Musim Ke-13 di tempat pertama (Peringkat Utama MSC 2024) atau kedua (peringkat Wild Card MSC 2024).

 

Homebois akan berusaha untuk kembali ke pentas antarabangsa dengan segera selepas memenangi gelaran MPL Malaysia pertama mereka di musim lalu. Juara bertahan mungkin telah menamatkan saingan di belakang Selangor Red Giants sewaktu Regular Season,  tetapi mereka tahu bahawa kedudukan tinggi semasa Regular Season bukanlah suatu jaminan; Homebois menamatkan Regular Season musim lalu di tempat ketiga di belakang RSG Malaysia dan Team SMG, tetapi berjaya mengatasi kedua-duanya di peringkat Playoffs untuk meraih mahkota. Mereka juga akan menikmati peluang untuk membalas kekalahan 2-0 mereka kepada Red Giants dalam perlawanan pembukaan Regular Season 13.

 

TODAK, RSG Malaysia, Team HAQ, dan King Empire Esports melengkapkan empat pasukan yang bersaing untuk gelaran musim ini.

 

Sentiasa kekal pantas dengan berita terkini dan pelbagai aksi MPL Malaysia Musim Ke-13 dengan Hotlink. Rangkaian 5G Hotlink menawarkan latensi rangkaian tanpa tandingan dengan pelan berpatutan, untuk memberikan akses internet lebih meluas untuk menikmati pengalaman bermain MLBB yang terbaik. Para peminat juga boleh memenangi pelbagai barangan in-game eksklusif, dan barangan dengan hanya melawat booth Hotlink di stadium. Musim ini juga menampilkan kembali rakan-rakan strategik seperti ASUS Republic of Gamers (ROG) dan Nescafe.

 

Muat turun kit media MPL Malaysia Musim Ke-13, yang mengandungi gambar-gambar pemain, personaliti MPL, perlawanan, termasuk juga maklumat penting seperti jadual perlawanan dan platform siaran: https://drive.google.com/drive/folders/1F9Cgl5H1Rd00FpKs5UK2usM3BLjf_aKR

 

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai MPL Malaysia, sila ke Laman Web Rasmi dan ikuti liga di Facebook, TikTok, dan Instagram.