[BM] Selangor Red Giants Tidak Dapat Ditundukkan dan layak ke Playoffs, rekod tontonan dipecahkan lagi pada Minggu Diraja (Minggu 4) MPL Malaysia Musim Ke-13 Regular Season
3 May 2024
  • Selangor Red Giants mencatat kemenangan bergaya ke atas Bountee Esports (Hari 2) dan Monster Vicious (Hari 3) untuk menjadi pasukan pertama yang layak ke peringkat Playoffs meskipun masih berbaki tiga perlawanan.
  • Minggu 4: Minggu Diraja memecah rekod tontonan sepanjang Regular Season dengan 277,907 Tontonan Serentak Puncak (Peak Concurrent Viewership), menurut data dari Esports Charts.
  • Selangor Red Giants kekal menjadi pendahulu liga Regular Season dengan 18 mata, diikuti Homebois dengan 12 mata dan TODAK dengan 11 mata.

 


"Sejuk sangat di atas puncak!" Ujar John "Innocent" Vincent Banal, Gold Laner Selangor Red Giants, semasa Roamer Muhammad "YumS" Suhairi memakaikan beliau dengan jaket; ejekan itu dibuat selepas perlawanan kedua terakhir dalam Minggu 4, merujuk kepada kedudukan mereka sebagai pendahulu liga.

 

KUALA LUMPUR, 29 April Titah sang raja adalah mutlak, begitulah yang dibuktikan oleh Selangor Red Giants di Minggu 4: Minggu Diraja MPL Malaysia, setelah mereka berjaya menjatuhkan Bountee Esports dan Monster Vicious dalam permainan langsung. Kemenangan berturut-turut Selangor Red Giants di akhir minggu - yang kelima di dalam lima permainan - berjaya menjadi pasukan pertama yang mengesahkan tempat mereka ke Playoffs Musim 13. Rekod sempurna mereka di Musim Ke-13 kekal, meskipun masih berbaki tiga lagi perlawanan di dalam Regular Season.

 

Penyandang juara, Homebois, pula berjaya mematahkan gerakan dua pesaing utama mereka dengan menundukkan RSG Malaysia (2-1 pada Hari 2) dan TODAK (2-0 pada Hari 3) untuk meraih tempat kedua di dalam kedudukan liga, sekaligus membawa mereka kembali ke landasan untuk merebut kejuaraan secara berturut-turut. Pasukan kebanggaan Johor ini kini telah memenangi lima perlawanan berturut-turut, sejak kalah dalam perlawanan pembukaan musim menentang Selangor Red Giants.

 


Pengasas Homebois, Nureddy Nursal, dan Pengasas TODAK & Group CEO, Azlan Zainal, bertukar-tukar cenderahati untuk menghargai semangat persaingan dan profesionalisme mereka di dalam esukan.

 

Homebois membuktikan di Minggu 4 bahawa sang raja tidak dinobatkan - mereka perampas takhta. Flamebois - nama komuniti penyokong Homebois - telah membantu Homebois mendominasi senarai perlawanan yang paling ditonton dalam Musim 13 berdasarkan Tontonan Serentak Puncak (Peak Concurrent Viewership - PCV), dominasi kesemua lima tontonan teratas. Perlawanan Homebois pada hari Ahad telah menjadi perlawanan yang paling banyak ditonton dalam sejarah MPL Malaysia Regular Season; perlawanan itu mencapai 277,907 PCV, melampaui 232,500 PCV yang dicatat semasa Perlawanan Akhir Musim Ke-10, mengikut data dari Esports Charts.

 


Perlawanan MPL Malaysia Musim Ke-13 yang paling popular. Kredit: Esports Charts

 

Selain itu, RSG Malaysia berjaya meraih 4 mata daripada 6 mata maksimum di Minggu 4 - sebuah pencapaian yang mengagumkan selepas kehilangan "penghulu" mereka. Juara Musim Ke-7 itu mengumumkan pada 26 April - satu hari sebelum perlawanan mereka menentang Homebois - bahawa Jurulatih Fikri "Rain" Aiman Bin Mohd Khidzir sedang bercuti. Dengan Penolong jurulatih Muhammad "Sora" Farhan Bin Ibrahim mengambil alih, RSG Malaysia meraih kemenangan melawan Homebois dan melaksanakan kemenangan bersih ke atas pasukan HAQ pada Hari 3 untuk membantu mereka kembali bersaing untuk merebut tempat ke Playoffs.

 


Gelagat roamer RSG Malaysia, Dale "Stowm" Rolan Vidor, selepas menang ke atas Team HAQ di Hari 3.

 

NINERS berjaya meraih kemenangan pertama mereka di musim ini selepas menunjukkan ketahanan luar biasa untuk membalikkan keadaan sebelum membenam Monster Vicious pada Hari 2. Dalam temubual selepas perlawanan, Jurulatih NINERS, M "Antagonisst" Firmansyah Pratama Bachri, menyatakan kelegaan ahli pasukan atas kemenangan yang berharga ini. Ini merupakan kemenangan kali pertama buat jurulatih utama Antagonisst di MPL Malaysia dan merupakan jawatan yang dipegangnya pada musim ini selepas dipinjamkan dari Homebois. Pemain baru NINERS, Jungler Maxwell "MAXXX" Alessandro, merupakan sebahagian penting dalam kemenangan mereka, mendapat pujian sebagai Pemain Terunggul Perlawanan dengan hero Roger.

 


Roamer NINERS, Arya "Barbossa" Nazhari, sedikit emosi selepas kemenangan berharga ke atas Monster Vicious pada Hari 2 - kemenangan mereka di Musim Ke-13.

 

Di penghujung Minggu 4: Minggu Diraja, Selangor Red Giants menduduki takhta liga Regular Season dengan 18 mata, diikuti oleh Homebois dengan 12 mata, dan TODAK dengan 11 mata.

 


 

Minggu 5: Saat Paling Getir

MPL Malaysia Musim Ke-13 membuktikan bahawa ianya musim yang paling kompetitif dalam sejarah. Sejumlah perlawanan saat yang getir menanti para pasukan di Minggu 5 (3 hingga 5 Mei), dengan hanya 7 mata yang memisahkan Homebois yang menduduki tempat kedua dengan NINERS di tempat kesepuluh, dengan setiap pasukan masih berpeluang untuk merebut slot Playoffs.

 

Perlawanan pembukaan akan menjadi pertemuan semula pasukan Homebois; Roamer NINERS, Arya "Barbossa" Nazhari, dan Jurulatih, Antagonisst, kedua-dua mereka dipinjamkan dari Homebois buat musim ini. Dengan NINERS berada tangga terbawah kedudukan liga, kedua-dua mereka perlu mengetepikan hubungan lampau mereka. Kemenangan ke atas Homebois adalah wajib sekiranya mereka mahu ke Playoffs.

 

Hari 2 akan menampilkan pertarungan menarik di antara RSG Malaysia dan TODAK. Kedua-dua pasukan telah ditundukkan oleh Homebois dalam Minggu 4, dan akan berusaha untuk bangkit semula untuk perlawanan ini. Satu mata tunggal memisahkan kedua-dua pasukan, walaupun TODAK mempunyai satu perlawanan tambahan dalam tangan.

 

Selepas itu di hari yang sama, Selangor Red Giants akan berhadapan pasukan King Empire Esports; sebuah pasukan yang kini menduduki tempat keempat dan merupakan ancaman tertinggi kepada Red Giants untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di musim ini. Para peminat juga berharap untuk menyaksikan strategi tersirat dari mid-laner Selangor Red Giants, Hazziq "Stormie" Danish, yang diumumkan pada Minggu 4 oleh Jurulatih Michael "Arcadia" Angelo Bocado semasa temubual selepas perlawanan: "Kami akan melancarkan hero baru tidak lama lagi. Hero itu merupakan seorang Mage yang tidak pernah digunakan oleh Stormie dalam MPL Malaysia. Mungkin kami akan menggunakannya minggu depan atau semasa Playoffs."

 

Minggu 5 MPL Malaysia Musim Ke-13 Regular Season akan menyaksikan 10 pasukan teratas Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) negara terus berjuang untuk mewakili negara ke MLBB Mid Season Cup, di mana hadiah sebanyak ~MYR 14 juta (USD 3 juta) menanti. Mereka juga akan bersaing untuk merebut bahagian terbesar daripada hadiah sebanyak ~MYR 468,000 (USD 100,000) di dalam MPL Malaysia Musim Ke-13.

 

Jadual penuh Minggu 5 boleh dirujuk di bawah:

 


 

Sentiasa kekal pantas dengan berita terkini dan pelbagai aksi MPL Malaysia Musim Ke-13 dengan Hotlink. Rangkaian 5G Hotlink menawarkan latensi rangkaian tanpa tandingan dengan pelan berpatutan, untuk memberikan akses internet lebih meluas untuk menikmati pengalaman bermain MLBB yang terbaik. Para peminat juga boleh memenangi pelbagai barangan in-game eksklusif, dan barangan dengan hanya melawat booth Hotlink di stadium. Musim ini juga menampilkan kembali rakan-rakan strategik seperti ASUS Republic of Gamers (ROG) dan Nescafe.

 

Muat turun kit media MPL Malaysia Musim Ke-13, yang mengandungi gambar-gambar pemain, personaliti MPL, perlawanan, termasuk juga maklumat penting seperti jadual perlawanan dan platform siaran: https://drive.google.com/drive/folders/1F9Cgl5H1Rd00FpKs5UK2usM3BLjf_aKR

 

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai MPL Malaysia, sila ke Laman Web Rasmi dan ikuti liga di Facebook, TikTok, dan Instagram