[BM] Selangor Red Giants meneruskan rekod tanpa kalah, rekod kehadiran dipecahkan sekali lagi di Minggu 3 MPL Malaysia Musim Ke-13 Regular Season
25 April 2024
  • Pendahulu liga, Selangor Red Giants masih mengekalkan rentetan kemenangan mereka, dan MPL Malaysia mencatatkan jumlah kehadiran tertinggi dalam sejarah Regular Season, dengan 3,900 penonton yang hadir sepanjang Minggu 3.
  • Selangor Red Giants mengungguli liga Regular Season dengan 12 mata, diikuti King Empire Esports dengan 10 mata dan Team HAQ dengan 9 mata.
  • Minggu 4: Minggu Diraja akan menampilkan siri perlawanan penentuan kedudukan liga di antara raja-raja liga, khususnya penyandang juara Homebois, yang telah mula mendapat rentak.

 

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli (tengah), di pentas MPL Malaysia semasa perlawanan di antara Selangor Red Giants and RSG Malaysia di Hari 1.

 

KUALA LUMPUR, 22 April Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia telah mencatatkan satu lagi tonggak bersejarah di Minggu 3 Regular Season Musim Ke-13. Pada 19 hingga 21 April, seramai 3,932 peminat telah menghadiri Arena MPL MY di Stadium MBSJ Serdang Jaya untuk memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran mereka. Ini telah melebihi rekod tertinggi Regular Season sebelum ini iaitu sebanyak 3,500 peminat yang hadir pada minggu pembukaan musim.

 

Minggu 3 menyaksikan Selangor Red Giants terus mengekalkan permulaan yang sempurna untuk Musim Ke-13. Red Giants telah mengalahkan RSG Malaysia 2-0 pada Hari 1 untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dan berjaya merebut 12 mata maksimum, tanpa mencatat sebarang kekalahan dalam empat perlawanan yang telah dimainkan sehingga kini.

 

Gaya Roamer dari Selangor Red Giants, Muhammad "Yums" Suhairi, selepas kemenangan pasukannya ke atas RSG Malaysia di Hari 1. Beliau telah dinobatkan sebagai MVP Perlawanan.

 

Selangor Red Giants berjaya menepikan King Empire Esports sebagai pendahulu liga selepas pasukan pendatang baharu itu tewas kepada penyandang juara, Homebois di Hari 3. Juara Musim Ke-12 itu meneruskan rentetan kemenangan mereka di hadapan penonton yang membanjiri setiap ruang stadium, selepas kekalahan menentang Selangor Red Giants pada minggu pembukaan.

 

Kebanjiran penyokong yang hadir ke Arena MPL MY semasa perlawanan Homebois dan King Empire Esports pada Hari 2.

 

Selain itu, Team HAQ pada Hari 2 telah menambah kekecewaan NINERS yang masih belum mencatat kemenangan setakat ini selepas lima perlawanan. Ini semestinya sebuah tamparan kepada NINERS, selepas pasukan dari Negeri Sembilan itu membawa masuk dua pemain baru semasa transfer window, iaitu Roamer Lim "Zayyy" Jin Gian dan Jungler Maxwell "MAXXX" Alessandro untuk meningkatkan prestasi mereka. Team HAQ kehilangan mata berharga pada Hari 3 selepas tunduk 0-2 kepada TODAK, tetapi tetap kekal bersemangat selepas berjaya mengekalkan tempat ketiga di dalam liga.

 

Barracuda Esports meraih dua kemenangan pertama mereka di musim ini pada Minggu 3, mencerminkan kuasa transformasi yang dibawa oleh pasukan jurulatih yang diperbaharui, dengan kehadiran jurulatih Yayan "Backdoor" Hidayat dan analis Lee "XinHan" Kar Keat yang dibawa masuk pada Minggu 2. Kemenangan pertama mereka adalah 2-0 menentang pasukan yang juga sedang bergelut, NINERS, pada Hari 1, manakala kemenangan kedua yang mengagumkan hadir menerusi kemenangan 2-1 ke atas RSG Malaysia.

 

Pada pengakhir Minggu 3, Selangor Red Giants mendahului liga dengan 12 mata, diikuti King Empire Esports di tempat kedua dengan 10 mata dan Team HAQ di tempat ketiga dengan 9 mata.

 

Pertembungan di antara raja-raja liga menanti di Minggu 4: Minggu Diraja

Para peminat bakal menikmati pelbagai menu santapan diraja pada Minggu 4 MPL Malaysia Regular Season. Dengan gelaran Minggu Diraja, para peminat bakal menyaksikan pertembungan di antara raja-raja liga yang akan menentukan kedudukan liga pada 26 hingga 28 April nanti.

 

Hari 1 Minggu Diraja akan menyaksikan TODAK bertemu dengan pasukan baru di Musim Ke-13, King Empire Esports. Walaupun perkataan "King" ada pada nama pasukan baru itu, TODAK semestinya ingin membuktikan bahawa gelaran raja tidak hadir percuma, ianya perlu diraih dengan merebut takhta liga sepertimana kejayaan mereka dinobat juara pada MPL Malaysia Musim Ke-6. Ke-9 dan Ke-11.

 

Pada Hari 2: Seru Saturday, pertembungan unggul di antara dua raja liga, Homebois juara Musim Ke-12 dan RSG Malaysia juara Musim Ke-7 bakal dipersembahkan. Selain itu, pertembungan hangat yang menentukan siapa "raja mengejek" di antara Mid Laner baru Homebois, Muhammad "Udil" Julian Ardiansyah, dan Muhammad "RIPPO" Arif Bin Abdul Halim dari RSG Malaysia. Sejak menyertai liga daripada pasukan MPL Indonesia Alter Ego, Udil telah perlahan-perlahan membentuk personaliti angkuh beliau dengan pelbagai komentar pedas dan sinis ke atas seteru beliau. Siapa yang akan pertama sekali koyak?

 

Hari 3 pula bakal menyaksikan pertembungan di antara Homebois dan TODAK. Kedua-dua pasukan ini diakui mempunyai jumlah penyokong terbesar di dalam MPL Malaysia, dan pertembungan di antara mereka dijangka sebagai perlawanan terbesar bagi musim ini. Adakah siraja baru (Homebois, juara bertahan) dapat merampas takhta siraja lama (TODAK, tiga kali juara)? Atau adakah yang lama kekal bertakhta? Walau apa jua keputusan, Minggu Diraja ini bakal menyajikan babak baru perseteruan di antara mereka.

 

Minggu 4: Minggu Diraja semasa MPL Malaysia Musim Ke-13 Regular Season, 10 pasukan terhebat Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) negara akan terus berjuang untuk mewakili negara dalam Mid Season Cup MLBB, di mana hadiah keseluruhan sebanyak kira-kira RM 14 juta (USD 3 juta) menanti. Selain itu, Mereka juga terus bersaing merebut bahagian terbesar daripada hadiah terkumpul RM 468,000 (USD 100,000) di dalam MPL Malaysia Musim Ke-13.

 


Jadual penuh Minggu 4: Minggu Diraja boleh dirujuk di bawah:

 

Week 4: Minggu Diraja 26 - 28 April 2024

Day 1

Friday

25

3:00 PM - 5:00 PM

BRD

Versus

BEST

BO3

26

5:30 PM - 7:30 PM

TDK

KGE

Day 2

Seru Saturday

27

12:30 PM - 2:30 PM

NINE

MV

28

3:00 PM - 5:00 PM

HB

RSG

29

5:30 PM - 7:30 PM

BEST

SRG

Day 3

Sunday

30

12:30 PM - 2:30 PM

THQ

RSG

31

3:00 PM - 5:00 PM

HB

TDK

32

5:30 PM - 7:30 PM

MV

SRG

 

Sentiasa kekal pantas dengan berita terkini dan pelbagai aksi MPL Malaysia Musim Ke-13 dengan Hotlink. Rangkaian 5G Hotlink menawarkan latensi rangkaian tanpa tandingan dengan pelan berpatutan, untuk memberikan akses internet lebih meluas untuk menikmati pengalaman bermain MLBB yang terbaik. Para peminat juga boleh memenangi pelbagai barangan in-game eksklusif, dan barangan dengan hanya melawat booth Hotlink di stadium. Musim ini juga menampilkan kembali rakan-rakan strategik seperti ASUS Republic of Gamers (ROG) dan Nescafe.