[BM] Recap Minggu Pertama MPL Malaysia S16: Atlet #TeamMAS MLBB Sukan SEA 2025 menyerlah selepas mengumumkan misi pingat emas
17 September 2025 | 520 View

Minggu Kedua membawakan empat peta revolusi sebahagian daripada kemaskini patch Projek NEXT yang akan mencabar pasukan untuk menyusun kembali strategi mereka

 

Barisan rasmi untuk #TeamMAS bagi Mobile Legends: Bang Bang didedahkan di atas pentas ketika hari pembukaan MPL Malaysia pada 13 September. Dari kiri ke kanan: Aiman Wafiy Roslan, Ketua Kontinjen (Esukan) untuk Sukan SEA 2025; Simon Lim, Pengurus #TeamMAS MLBB (kategori Lelaki dan Wanita) & Pengasas Bersama Selangor Red Giants OG Esports; Muhammad Naim Al-Amin, Presiden MESF; Siew Hao Zhen, Ketua Esukan Malaysia & Pasaran Baharu di MOONTON Games

 

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 15 September 2025—Harapan pingat emas Malaysia di Sukan SEA 2025, Thailand, mendapat suntikan semangat yang besar hujung minggu lalu! Atlet-atlet #TeamMAS Mobile Legends: Bang Bang kategori lelaki menunjukkan prestasi membanggakan dalam pasukan yang diwakili di Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia ketika minggu pembukaan musim ke-16. Mereka menunjukkan semangat kompetitif dan daya saing yang tinggi mencerminkan harapan Malaysia untuk membawa pulang pingat emas pertama di temasya sukan dwi-tahunan itu.

 

Barisan pemain MLBB bagi kategori Lelaki dan Wanita didedahkan oleh Persekutuan Esports Malaysia (MESF) ketika minggu pembukaan MPL Malaysia musim ke-16 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Presiden MESF, Muhammad Naim Al-Amin menyatakan misi mereka ingin merangkul pingat emas untuk kedua-dua kontinjen MLBB negara.

 

"It's MY Time": Atlet SEA Games Menunjukkan Kekuatan Mereka

Muhammad "YumS" Qayyum Ariffin, Hazziq "Stormie" Danish dan Muhammad "Sekys" Haqqullah mengungguli kemenangan mereka untuk Selangor Red Giants OG Esports (SRG) dalam rekod 2-1 ke atas calon Grand Final musim lalu, Homebois (HB). Trio ini yang sudah pun mencipta sejarah dengan memenangi MPL Malaysia secara berturut-turut akan menjadi tonggak pasukan MLBB kategori lelaki di Sukan SEA 2025 dengan membawa pengalaman luas di pentas antarabangsa termasuk menghadiahkan Malaysia kemenangan pertama bagi kejohanan antarabangsa MLBB di Piala Pertengahan Musim (MSC) 2024 di Piala Dunia Esukan (EWC) 2024.

 

Mereka disertai oleh Muhammad "Uni" Danish Fitri dan Idreen "Momo" Jamal dari Monster Vicious (MV) yang berjaya membenamkan Team Vamos (VMS) 2-0 dalam perlawanan pembukaan musim ini. Momo memenangi pingat Perak di Sukan SEA 2023 dan tempat keempat di Sukan SEA 2022 untuk MLBB kategori lelaki. Ealtond "Lolealz" Rayner dari Todak (TDK) melengkapkan pasukan MLBB Lelaki ini. Walaupun TDK tewas 0-2 lawan Team Rey di minggu pertama, Lolealz menjadi tumpuan ketika momen positif pasukan itu. Dia pastinya akan menjadi pemain tumpuan pada minggu kedua juga apabila TDK berdepan SRG.

 

Sila rujuk di bawah untuk bahan pengumuman rasmi:

·         Siaran media: https://my.mpl.mobilelegends.com/news/mesf-announces-official-teammas-lineup-for-the-33rd-sea-games-thailand-2025

·         Rakaman sidang media: https://drive.google.com/drive/folders/1pKm_iV8TPrIBMmEWR1eZTD3atEgmHkk-

·         Visual pengumuman: https://drive.google.com/drive/folders/1sq1J1rrgA51-GyfnIX6Sch12QUS1_91s

 

Selepas berakhir minggu pertama, empat pasukan menduduki carta teratas di ranking dengan tiga mata iaitu CG Esports, Monster Vicious, Team Rey dan Untitled.

 

 

Guru Juara MOONTON Masterclass Perkasakan Guru dalam Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital

MOONTON Games, syarikat permainan video global di sebalik MLBB bersama Esports Integrated (ESI), sebuah inisiatif nasional di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah mengumumkan pada 11 September pelancaran Guru Juara MOONTON Masterclass, sebuah program perintis yang bertujuan membekalkan guru sekolah rendah di Malaysia dengan kemahiran pengurusan permainan digital dan strategi pembelajaran inovatif bagi subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Guru-guru yang menyertai program ini akan menerima sijil rasmi yang ditandatangani bersama oleh MOONTON Games dan ESI. Langkah ini memberi peluang kepada guru untuk mencalonkan pasukan pelajar bagi menyertai kejohanan peringkat negeri termasuk Kejohanan MLBB Bawah-12 Negeri Selangor yang akan berlangsung pada Disember 2025.