CG Esports (CG) berjaya menempah slot pertama ke Playoffs, Selangor Red Giants OG Esports (SRG) menghampiri selepas aksi penuh drama di minggu keempat.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 29 September 2025—Playoffs Liga
Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia Musim Ke-16 secara
rasminya akan dimulakan dari 13 November hingga 16 November ini dan tiket akan
dijual bermula 10 Oktober. Kali ini, Playoffs MPL Malaysia Musim Ke-16 akan
bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang,
Selangor. Taman agro terbesar di Asia ini bakal bertukar menjadi arena esukan,
menyaksikan empat hari penuh aksi kompetitif MLBB bertaraf dunia yang akan
menobatkan juara MPL Malaysia Musim Ke-16.
Playoffs pada musim kali
ini menjanjikan lebih dari sekadar perlawanan peringkat elit—ia menandakan
pengakhiran sebuah era; Playoffs musim ke-16 akan menjadi yang terakhir untuk
model terkini sebelum MPL Malaysia bertukar kepada "format francais yang
dipertingkatkan" pada 2026. Ini akan menjadi peluang terakhir untuk anda
merasai detik bersejarah ini dan menikmati suasana Playoffs dalam format yang
sekarang!
Dua pasukan terhebat dari
MPL Malaysia Musim Ke-16 akan menempah slot di pentas dunia di Kejuaraan Dunia
M7, acara kemuncak dalam kalendar kompetitif esukan Mobile Legends: Bang Bang
(MLBB). Pertaruhan ini bukan sekadar piala—ia tentang mengangkat nama Malaysia
di peta esukan dunia, memburu satu-satunya trofi besar yang masih belum
dimiliki pasukan tanah air.
Pemenang MPL Malaysia
Musim Ke-16 juga akan memenangi sebahagian besar daripada AS$100,000
(RM420,800) hadiah wang terkumpul.
Format Playoffs Musim Ke-16: Final Braket
Bawah Kini Dimainkan Dalam Format BO7
Playoffs musim ke-16 akan
menyaksikan perubahan penting dalam format di mana pusingan Final Braket Bawah
dipanjangkan ke Best-of-Seven (BO7).
Kesemua aksi di Playoffs
akan dimainkan dalam format Best-of-five (BO5) kecuali Final Braket Bawah dan
Grand Finals yang mana kedua-duanya akan dimainkan dalam format perlawanan
Best-of-Seven (BO7).
Playoffs akan menampilkan
format penyingkiran hibrid dua peringkat. Fasa pertama bermula dengan Suku
Akhir Braket Atas yang menggunakan format penyingkiran tunggal iaitu pasukan
yang tewas akan tersingkir serta-merta daripada pertandingan. Pasukan yang menang
pula akan mara ke Separuh Akhir Braket Atas. Bermula dari peringkat ini, semua
perlawanan akan menggunakan format penyingkiran berganda di mana pasukan hanya
akan tersingkir selepas mengalami dua kekalahan dan akan turun ke Braket Bawah
selepas kekalahan pertama.
Braket Playoffs MPL
Malaysia Season 16 Playoffs boleh dilihat di bawah:
Diskaun 20% Untuk Tiket Playoffs Sempena
Sambutan Ulangtahun MLBB Yang Ke-9!
Tiket untuk menyaksikan
Playoffs MPL Malaysia Musim Ke-16 akan mula dijual dari 10 Oktober pada jam
3:00PM GMT+8. Bagi menyambut ulangtahun ke-9 MLBB, tiket ini akan dijual dengan
harga diskaun 20% dari 10 Oktober hingga 16 Oktober.
Senarai penuh kategori
tiket dan harga jualan adalah seperti berikut:
|
|
|
Recap Minggu Keempat: CG Esports Jadi Pasukan
Pertama Melangkah Ke Playoffs!
CG Esports (CG) muncul
sebagai pasukan pertama dan satu-satunya yang berjaya mengesahkan slot di
Playoffs Musim Ke-6 meskipun berdepan minggu penuh cabaran naik turun. Mereka
tewas 1-2 kepada AERO Esports (AERO) pada Hari 1 (3 Oktober) namun bangkit
dengan kemenangan bergaya ke atas Todak (TDK) pada Hari 3 (5 Oktober) sekali
gus mengesahkan slot Playoffs dengan kutipan 17 mata.
Muhammad Danial 'CikuGais'
Mohamad Fuad dari CG memeluk bekas rakan sepasukannya, Muhammad 'Zahyed'
Zaharan selepas perlawanan. CikuGais meninggalkan TDK pada Mac lalu untuk
menubuhkan pasukannya sendiri, CG.
Selangor Red Giants OG
Esports (SRG) mengikuti rapat di tempat kedua dengan 15 mata selepas kemenangan
ke atas Team Vamos (VMS) dan GamesMY Kelantan (GMXK) di minggu keempat. Mereka
berpeluang untuk merampas takhta liga pada minggu depan jika mereka menewaskan
Team Rey (TR) dengan satu perlawanan tertunggak, hasil kelebihan Mata Agregat.
Nota mengenai Peraturan Tiebreaker Regular
Season di Musim Ke-16:
• Sepanjang
Regular Season, pasukan akan dimerit berdasarkan Live Points; mata ini dikumpul
melalui keputusan perlawanan Best-Of-Three setiap pasukan. Kemenangan 2-0
memberikan tiga mata; kemenangan 2-1 memberikan dua mata; kekalahan 1-2
memberikan satu mata; kekalahan 0-2 tidak memberikan sebarang mata.
• Jika
terdapat lebih daripada satu pasukan terikat dan tidak dapat ditentukan
pemenang melalui ranking Live Points, pasukan yang terikat akan diranking
berdasarkan Mata Agregat iaitu jumlah kemenangan perlawanan. Setiap kemenangan
perlawanan bernilai +1 mata, manakala kekalahan perlawanan ditolak -1 mata.
• Jika
masih terikat, penentuan seterusnya akan dibuat berdasarkan rekod pertemuan
terus (head-to-head) antara pasukan yang terlibat.
Muhammad 'Yums' Suhairi
(kiri) dan Mark 'Kramm' Rusiana (kanan) dari SRG memeluk bekas rakan sepasukan
mereka, Ilman 'Gojes' Zulkifli (tengah) selepas SRG menewaskan VMS 2-0 pada
Hari 2 (4 Okt). Gojes kini beraksi sebagai pemain pinjaman daripada SRG untuk
musim ini.
Sila rujuk rajah di bawah
untuk kedudukan terkini Regular Season di pengakhiran minggu keempat:
Pratonton Minggu Kelima: SRG Akan Rebut Slot
Kedua Ke Playoffs?
SRG berpeluang menempah
slot kedua Playoffs apabila membuka tirai Minggu Kelima menentang TR pada 10
Oktober, jam 3:15 PM GMT+8. Namun, maruah turut dipertaruhkan selepas mereka
menamatkan tiga musim berturut-turut di tangga teratas Regular Season; sesuatu
yang pasti tidak mahu dilepaskan kepada CG. Misi SRG mungkin dipermudahkan
dengan pertembungan sukar CG menentang pasukan tangga ketiga, Homebois pada 11
Oktober jam 12:30 PM GMT+8.
Jadual perlawanan di
Minggu Kelima adalah seperti berikut:
Keseluruhan aset media
(jadual perlawanan, naratif, nama pasukan dan foto pasukan serta foto
perlawanan) boleh diakses di pautan MPL Malaysia Season 16 Media Assets Google Sheet.
Untuk mengikuti
perkembangan terkini mengenai MPL Malaysia, ikuti MPL Malaysia di Facebook, Instagram, TikTok, laman web.
Dapatkan tiket perlawanan
di laman web rasmi.
###
Mengenai Mobile Legends: Bang Bang
Mobile Legends: Bang Bang
adalah salah satu permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) mudah alih
yang paling popular di seluruh dunia, yang menyatukan komuniti melalui
kerjasama berpasukan dan strategi. Dengan lebih daripada 1.5 bilion muat turun dan
110 juta pengguna aktif bulanan, permainan yang memenangi anugerah ini berada
dalam kalangan 10 permainan paling banyak dimainkan di lebih 80 negara. Dengan
jangkauan yang luas di seluruh wilayah Asia Pasifik, permainan ini boleh
didapati di 139 negara dengan kehadiran esports global yang meluas.
Mengenai Mobile Legends: Bang Bang Esports
Ditubuhkan pada 2017,
Mobile Legends: Bang Bang Esports berfungsi sebagai platform untuk pemain
mengejar impian mereka menjadi atlet esukan dan membuka peluang dalam ekosistem
esukan antarabangsa. Sejak itu, MLBB Esports telah berkembang ke pelbagai liga,
termasuk siri MPL yang dianjurkan di Asia Tenggara, Timur Tengah, dan Amerika
Latin; MPL adalah siri acara esukan pertama yang melepasi 1 bilion jam tontonan
di seluruh dunia.
Mengenai MOONTON Games
Ditubuhkan pada 2014,
MOONTON adalah syarikat permainan video global yang berdedikasi dalam
pembangunan permainan, penerbitan, dan esukan. Dengan lebih daripada 1,600
pekerja di seluruh dunia, syarikat ini mengendalikan pejabat di Indonesia,
Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika Latin, dan China. Ia telah berjaya
melancarkan beberapa permainan mudah alih berprofil tinggi di peringkat global
dan telah membina hubungan jangka panjang dengan kerajaan serta organisasi
esukan di lebih daripada 30 negara di seluruh dunia. Mobile Legends: Bang Bang
adalah permainan utama mereka dan merupakan permainan multiplayer online battle
arena (MOBA) mudah alih terkemuka di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut,
layari https://en.moonton.com.
Untuk pertanyaan media atau permintaan
temubual, sila hubungi:
Marcus Lim
Ketua Perhubungan Awam
Antarabangsa di MOONTON Games
Telefon bimbit: +65 9069
2651
Emel: marcuslim@moonton.com