Liga esukan perintis
negara itu memperkenalkan barisan rakan kerjasama baharu yang terdiri daripada
jenama ternama - CelcomDigi, Infinix, Grab, Fairrie, 100PLUS, Yamaha, dan
CeraVe.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 9 September 2025—Satu era
baharu untuk esukan Malaysia! Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL)
Malaysia hari ini mengumumkan langkah berani ke "format francais yang
dipertingkatkan". Format baharu ini akan mengambil elemen dari model
francais tradisional digunakan oleh liga sukan di peringkat global seperti
National Football League (NFL) dan National Basketball Association (NBA).
Namun, aspirasi utama liga ini adalah untuk menerapkan satu model unik yang
mampu membawa industri esukan Malaysia ke tahap seterusnya dengan menyediakan
lebih banyak peluang untuk keseluruhan ekosistem.
MPL Malaysia musim ke-16
akan menjadi musim terakhir bagi liga esukan perintis negara sebelum ia
memasuki fasa pertumbuhan seterusnya dengan "format francais yang
dipertingkatkan".
Krystal Tan, Ketua Pembangunan Perniagaan
untuk Esukan Malaysia di MOONTON Games berkata: "Hari ini
menandakan satu pencapaian penting buat MPL Malaysia. Langkah ini akan
mengukuhkan kedudukan kami sebagai salah satu harta intelek hiburan terkemuka
negara dan membina ekosistem yang lebih mampan untuk pasukan, pemain, serta
rakan kerjasama. Dengan pelaburan strategik ke arah kestabilan jangka panjang,
kami membuka laluan baharu untuk pembangunan bakat, pertumbuhan komersial, dan
penglibatan peminat yang lebih mendalam. Ini akan memastikan MPL Malaysia terus
menjadi penanda aras hiburan sukan di Malaysia serta menetapkan standard global
bagi kecemerlangan esukan,".
Lebih banyak maklumat
mengenai "format francais yang dipertingkatkan" akan dikongsi di masa
hadapan.
Kerjasama Syarikat Gergasi (Blue Chip)
Menunjukkan Kredibiliti MPL Malaysia Sebagai Peneraju Utama Dalam Hiburan
Pengumuman ini hadir seiring
dengan pencapaian luar biasa bagi pertumbuhan Esukan Mobile Legends: Bang Bang
(MLBB) di Malaysia. MPL Malaysia secara konsisten berada dalam kalangan liga
esukan paling banyak ditonton di seluruh dunia dan memegang rekod penonton
serentak tertinggi dengan 870,000 penonton pada tahun lalu, menurut Esports Charts. Pada November dan
Disember 2024, Malaysia menghoskan Kejuaraan Dunia M6, menarik perhatian peminat dari serata dunia
dan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab esukan di rantau ini.
Bagi meneruskan momentum
ini, MPL Malaysia memperkenalkan barisan rakan kerjasama hebat daripada
jenama-jenama ternama. Barisan pelbagai industri ini menyerlahkan evolusi MPL
Malaysia daripada sebuah liga permainan kompetitif kepada sebuah harta intelek hiburan
yang menyeluruh, sekali gus menarik minat jenama dalam bidang teknologi, gaya
hidup, automotif, Barangan Pengguna Bergerak Cepat (FMCG). Kerjasama ini bukan
sahaja mencerminkan peningkatan keterlibatan budaya liga ini, tetapi juga
peranannya dalam memacu ekonomi esukan Malaysia ke hadapan.
Rakan kerjasama ini
terdiri daripada:
• CelcomDigi
sebagai
Rakan Penyampai Rasmi untuk Musim Ke-16 hingga Musim Ke-18, pertama kali untuk
syarikat gergasi telco ini menaja liga esukan.
○ Chan
May Ling, Ketua Perkhidmatan Jenama dan Pemasaran, CelcomDigi, berkata:
"Kami teruja dapat berkolaborasi dengan MOONTON Games dan MPL Malaysia
untuk tiga musim ke hadapan dalam misi bersama bagi meningkatkan ekosistem
esukan tempatan. Menerusi platform Arena CelcomDigi, kami komited sepenuhnya
untuk melahirkan juara generasi baharu dengan menyediakan platform yang tepat
untuk mereka mengasah kemahiran, mendapat pendedahan serta berhubung dengan
komuniti esukan yang lebih meluas. Matlamat kami adalah untuk melihat mereka
berkembang, berjaya dan akhirnya beraksi di pentas dunia sekaligus menyerlah
potensi esukan Malaysia kepada seluruh dunia,"
• Infinix
kembali dengan kerjasama yang dilanjutkan sehingga musim ke-18 dengan Infinix
GT 30 Pro diumumkan sebagai Peranti Gaming Rasmi bagi musim ke-16 ini. Infinix sebelum ini
menjalinkan kerjasama selama setahun dengan liga ini sehingga musim ke-16.
○ Tommy
Xiong, Pengarah Negara di Infinix Malaysia, berkata: "Misi kami
di Infinix melangkaui sekadar mencipta peranti hebat. Dengan bekerjasama
bersama MPL Malaysia hingga Musim Ke-18, kami berhasrat untuk memberikan
peluang kepada pemain muda untuk memasang impian lebih besar dan kepada para
peminat untuk merasai pengalaman esukan pada tahap yang lebih tinggi. GT 30 Pro
hanyalah permulaan kepada usaha kami dalam memperkasa komuniti esukan di
Malaysia dan bersama-sama membentuk masa depannya,"
• Yamaha
menghangatkan
lagi Musim Ke-16 dan Musim Ke-17 sebagai Rakan Motor Rasmi sekali gus
menandakan kemunculan sulung di peringkat global buat pengeluar motorsikal
Jepun ini. Kerjasama ini yang pertama seumpamanya dalam industri motosikal
Malaysia akan menjadi detik penting dengan pelancaran sebuah model baharu yang
dinanti-nantikan pada minggu pembukaan MPL Malaysia pada 13 September.
• Grab
Malaysia sebagai Rakan Penghantaran Makanan Rasmi bagi Musim Ke-16.
○
Ko
Li Ping, Ketua Pemasaran, Grab Malaysia, berkata: "Grab
Malaysia teruja menjadi sebahagian daripada komuniti MPL Malaysia, di mana
semangat terhadap permainan dan esukan menyatukan orang ramai. Dengan GrabFood
For One, kami berbangga dapat menyokong dengan menyediakan perkhidmatan yang
boleh dipercayai serta memastikan peminat dan pemain sama-sama dapat menikmati
hidangan hebat dengan mudah hanya melalui beberapa sentuhan dari hujung jari.
Sama ada anda bersorak untuk pasukan kegemaran atau berehat seketika daripada
permainan, kami ada untuk menjadikan setiap detik lebih bermakna dan mudah
diakses,"
• Fairrie
kembali
sebagai Rakan Ganjaran Rasmi bagi Musim Ke-16.
• 100PLUS
kembali
sebagai Rakan Minuman Isotonik Rasmi bagi Musim Ke-16.
• CeraVe
sebagai
Rakan Strategik bagi Musim Ke-16.
• Playaz
sebagai
Rakan Strategik bagi Musim Ke-16.
MPL Malaysia disokong oleh
Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Esports Integrated (ESI), Rakan Muda,
Malaysia Esports Federation (MESF) dan Persatuan Stadium Malaysia (PSM).
Season 16: Apa Yang Anda Perlu Tahu
MPL Malaysia Musim Ke-16
akan bermula pada 13 September untuk minggu pertama Regular Season. Musim biasa
ini akan menyaksikan 10 pasukan terbaik MLBB negara bertarung dalam format single round robin, Best-Of-Three (BO3)
selama enam minggu (dari 13 September hingga 19 Oktober) di Dewan Sri Putra,
Bukit Jalil (cara-cara untuk ke lokasi acara MPL Malaysia Musim
Ke-16).
Enam pasukan teratas dari
Regular Season akan mara ke pusingan Playoffs di mana mereka akan bertarung
untuk dua slot ke Pentas Utama Kejuaraan Dunia M7, sebuah acara
kemuncak dalam kalendar esukan MLBB yang bakal diadakan di Indonesia pada
Januari depan.
10 pasukan akan bertanding
adalah:
• Selangor Red Giants OG
Esports (SRG)
• Homebois (HB)
• Untitled (UNT)
• AERO Esports (AERO)
• Team Vamos (VMS)
• Monster Vicious (MV)
• Todak (TDK)
• Team Rey (TR)
• CG Esports (CG)
• GamesMY Kelantan (GMXK)
Krystal berkata: "Perjalanan
esukan di Malaysia tidak pernah gagal memberi inspirasi. Pencapaian bersejarah
SRG di Piala Pertengahan Musim MLBB (MSC) di Piala Dunia Esukan (EWC) pada
tahun 2024 dan 2025 serta di International Esports Federation World Esports
Championship 2024 berjaya melonjakkan nama Malaysia ke pentas
dunia. Semangat #PantangMengalah menjadi laungan penyatuan komuniti kita,
melambangkan ketabahan dan semangat yang mendefinisikan esukan Malaysia. Kami
menjangkakan musim ke-16 akan menjadi lebih dari sekadar pertandingan; ia bakal
menjadi pentas untuk menampilkan sejauh mana ekosistem kita telah berkembang
serta sambutan terhadap bakat dan komitmen yang terus menggerakkannya ke
hadapan. Dengan adanya kejohanan esukan antarabangsa seperti temasya sukan
dwitahunan, Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) 2025, International Esports
Federation World Esports Championship dan Kejuaraan Dunia M7 yang bakal tiba,
atlet-atlet kita sudah bersedia untuk membawa kemenangan dan kegemilangan
kembali ke Malaysia - inilah masa kita!"
Keseluruhan aset media
(jadual perlawanan, naratif, nama pasukan dan foto pasukan serta foto
perlawanan) boleh diakses di pautan MPL Malaysia Season 16 Media Assets Google Sheet.
Untuk mengikuti
perkembangan terkini mengenai MPL Malaysia, ikuti MPL Malaysia di Facebook, Instagram, TikTok, laman web.
Dapatkan tiket perlawanan
di laman web rasmi.
###
Mengenai Mobile Legends: Bang Bang
Mobile Legends: Bang Bang
adalah salah satu permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) mudah alih
yang paling popular di seluruh dunia, yang menyatukan komuniti melalui
kerjasama berpasukan dan strategi. Dengan lebih daripada 1.5 bilion muat turun dan
110 juta pengguna aktif bulanan, permainan yang memenangi anugerah ini berada
dalam kalangan 10 permainan paling banyak dimainkan di lebih 80 negara. Dengan
jangkauan yang luas di seluruh wilayah Asia Pasifik, permainan ini boleh
didapati di 139 negara dengan kehadiran esports global yang meluas.
Mengenai Mobile Legends: Bang Bang Esports
Ditubuhkan pada 2017,
Mobile Legends: Bang Bang Esports berfungsi sebagai platform untuk pemain
mengejar impian mereka menjadi atlet esukan dan membuka peluang dalam ekosistem
esukan antarabangsa. Sejak itu, MLBB Esports telah berkembang ke pelbagai liga,
termasuk siri MPL yang dianjurkan di Asia Tenggara, Timur Tengah, dan Amerika
Latin; MPL adalah siri acara esukan pertama yang melepasi 1 bilion jam tontonan
di seluruh dunia.
Mengenai MOONTON Games
Ditubuhkan pada 2014,
MOONTON adalah syarikat permainan video global yang berdedikasi dalam
pembangunan permainan, penerbitan, dan esukan. Dengan lebih daripada 1,600
pekerja di seluruh dunia, syarikat ini mengendalikan pejabat di Indonesia,
Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika Latin, dan China. Ia telah berjaya
melancarkan beberapa permainan mudah alih berprofil tinggi di peringkat global
dan telah membina hubungan jangka panjang dengan kerajaan serta organisasi
esukan di lebih daripada 30 negara di seluruh dunia. Mobile Legends: Bang Bang
adalah permainan utama mereka dan merupakan permainan multiplayer online battle
arena (MOBA) mudah alih terkemuka di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut,
layari https://en.moonton.com.
Untuk pertanyaan media atau permintaan
temubual, sila hubungi:
Marcus Lim
Ketua Perhubungan Awam
Antarabangsa di MOONTON Games
Telefon bimbit: +65 9069
2651
Emel: marcuslim@moonton.com