Selangor Red Giants OG Esports (SRG) berjaya reverse-sweep CG Esports (CG) 2-1 di Minggu Ketiga untuk merapatkan lagi jurang antara pendahulu liga kepada tiga mata dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 29 September 2025—Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia mengumumkan Anugerah Musim Ke-16 ketika Minggu Ketiga Regular Season (26 hingga 28 September). Anugerah musim ini tidak hanya meraikan atlet, bakat dan pemegang taruh industri terbaik pada musim ini; ia menjadi detik penting dalam arena esukan Malaysia sebelum liga ini berpindah ke format francais yang dipertingkatkan bermula tahun depan. Daripada pendatang baharu yang mengejar pengiktirafan pertama sehinggalah legenda yang mengukuhkan legasi mereka, penerima anugerah Musim Ke-16 bakal terpahat dalam sejarah sebagai yang terakhir bagi era ini.
Anugerah Musim Ke-16 akan memperkenalkan kategori baharu eksklusif untuk media—"Media 2025 - Anugerah Kandungan Terbaik"—untuk memberikan pengiktirafan kepada tiga kandungan penceritaan daripada media pada musim ini.
Krystal Tan, Ketua Pembangunan Perniagaan Esports Malaysia di MOONTON Games, berkata: "Anugerah musim ini adalah sebuah penghormatan kepada para pemain, bakat serta peminat yang luar biasa; sepanjang lapan tahun ini, merekalah yang telah membentuk komuniti ini sehingga menjadi satu kuasa hiburan nasional yang kita kenali dan banggakan hari ini. Namun, Anugerah Musim 16 lebih bermakna kerana ia turut menandakan babak terakhir sebelum kita melangkah ke ‘format francais yang dipertingkatkan’. Para pemenang tahun ini akan membawa legasi istimewa, dikenang bukan sahaja atas kecemerlangan mereka, tetapi juga kerana menutup sebuah era penting dalam sejarah esukan Malaysia,"
Sila rujuk "Lampiran: Helaian Fakta Anugerah MPL Malaysia Musim Ke-16" untuk maklumat lanjut mengenai kategori anugerah dan kriteria pemilihan.
Tinjauan Jadual Minggu 3: CG Esports Kekalkan Takhta Walaupun Rekod Tanpa Tewas Tercalar
Di pengakhiran minggu ketiga, CG Esports (CG) mengekalkan kedudukan mereka sebagai pendahulu liga di Regular Season dengan 13 mata. Walaupun tewas di tangan Gergasi Merah, Selangor Red Giants OG Esports (SRG) dengan skor 1-2 pada hari ketiga sekaligus menamatkan rekod sempurna mereka di musim ke-16, veteran-veteran Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Esports yang diketuai oleh lagenda, Muhammad Danial "CikuGais" Mohamad Fuad, salah seorang daripada hanya tiga pemain di dunia yang pernah menyertai empat kejohanan siri M (M1 ke M4)—tetap menghadiahkan peminat dengan sebuah prestasi mencerminkan kegemilangan mereka yang lalu menerusi gaya permainan makro yang bergaya.
Team Vamos (VMS) melompat ke kedudukan kedua ranking dengan 11 mata selepas kemenangan meyakinkan ke atas Untitled (UNT) pada perlawanan terakhir Minggu Ketiga. SRG jatuh ke kedudukan ketiga dengan 10 mata selepas pertembungan sengit mereka 2-1 dengan CG. Namun, pasukan juara liga tiga kali yang mencipta sejarah itu mempunyai satu perlawanan berbaki berbanding CG dan VMS dengan kemenangan mereka ke atas CG mengingatkan peminat bahawa merekalah penanda aras dalam esukan Malaysia.
Muhammad "YumS" Suhairi (tengah) dari SRG tersenyum lebar selepas berjaya reverse-sweep CG ketika minggu ketiga.
Keputusan perlawanan di Minggu Ketiga seperti di bawah:
Previu Minggu Keempat: #WomenInEsports MPL Malaysia Jadi Tumpuan Utama
Minggu keempat akan menghimpunkan dua #WomenInEsports MPL Malaysia—yang pertama kali untuk liga ini. Jurulatih Tasia "Tazy" Eda Lestari daripada AERO Esports (AERO) dan Penganalisis Mariah "Coach Mariah" Binti Ahmad daripada CG akan berdepan antara satu sama lain pada Jumaat ini pada jam 5:45 PM GMT+8 dalam pertembungan antara keanggunan dan kecerdikan. Kedua-dua pasukan mereka tewas di tangan SRG pada minggu ketiga dan mereka pastinya berusaha untuk membina semula momentum menjelang pertengahan musim.
Jadual perlawanan di Minggu Keempat adalah seperti berikut:
Keseluruhan aset media (jadual perlawanan, naratif, nama pasukan dan foto pasukan serta foto perlawanan) boleh diakses di pautan MPL Malaysia Season 16 Media Assets Google Sheet.
Untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai MPL Malaysia, ikuti MPL Malaysia di Facebook, Instagram, TikTok, laman web.
Dapatkan tiket perlawanan di laman web rasmi.
###
Mengenai Mobile Legends: Bang Bang
Mobile Legends: Bang Bang adalah salah satu permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) mudah alih yang paling popular di seluruh dunia, yang menyatukan komuniti melalui kerjasama berpasukan dan strategi. Dengan lebih daripada 1.5 bilion muat turun dan 110 juta pengguna aktif bulanan, permainan yang memenangi anugerah ini berada dalam kalangan 10 permainan paling banyak dimainkan di lebih 80 negara. Dengan jangkauan yang luas di seluruh wilayah Asia Pasifik, permainan ini boleh didapati di 139 negara dengan kehadiran esports global yang meluas.
Mengenai Mobile Legends: Bang Bang Esports
Ditubuhkan pada 2017, Mobile Legends: Bang Bang Esports berfungsi sebagai platform untuk pemain mengejar impian mereka menjadi atlet esukan dan membuka peluang dalam ekosistem esukan antarabangsa. Sejak itu, MLBB Esports telah berkembang ke pelbagai liga, termasuk siri MPL yang dianjurkan di Asia Tenggara, Timur Tengah, dan Amerika Latin; MPL adalah siri acara esukan pertama yang melepasi 1 bilion jam tontonan di seluruh dunia.
Mengenai MOONTON Games
Ditubuhkan pada 2014, MOONTON adalah syarikat permainan video global yang berdedikasi dalam pembangunan permainan, penerbitan, dan esukan. Dengan lebih daripada 1,600 pekerja di seluruh dunia, syarikat ini mengendalikan pejabat di Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika Latin, dan China. Ia telah berjaya melancarkan beberapa permainan mudah alih berprofil tinggi di peringkat global dan telah membina hubungan jangka panjang dengan kerajaan serta organisasi esukan di lebih daripada 30 negara di seluruh dunia. Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan utama mereka dan merupakan permainan multiplayer online battle arena (MOBA) mudah alih terkemuka di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, layari https://en.moonton.com.
Untuk pertanyaan media atau permintaan temubual, sila hubungi:
Marcus Lim
Ketua Perhubungan Awam Antarabangsa di MOONTON Games
Telefon bimbit: +65 9069 2651
Emel: marcuslim@moonton.com
Lampiran: Helaian Fakta Anugerah MPL Malaysia Musim Ke-16
Mengenai Anugerah MPL Malaysia Musim Ke-16
Anugerah Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia Musim Ke-16 meraikan atlet, bakat dan pemegang taruh terbaik musim ini.
Para pemenang akan dipilih mengikut gabungan pengiktirafan profesional menerusi Jawatankuasa Anugerah yang terdiri daripada pegawai MPL Malaysia, bakat, media, kapten pasukan dan jurulatih serta undian peminat. Setiap kategori mempunyai kriteria pemilihan unik bagi memastikan Anugerah ini mengekalkan prestij serta keterangkuman.
Kategori Anugerah & Kriteria Pemilihan
Muat turun visual dengan grafik HD melalui pautan di bawah:
Bahasa Inggeris: https://drive.google.com/drive/folders/1dIUaJdXgJ5vXtIKdFXSHkQl6tCcI5lYv
Bahasa Malaysia: https://drive.google.com/drive/folders/1wpWedXn2VtYXTu4YZvuOoXmIX_kr82hh