[BM] MPL Malaysia mencipta rekod tontonan puncak di Minggu Ke-2 Regular Season, debut Chip to arena antarabangsa
12 April 2024

                 Pertarungan di antara Homebois dan Team HAQ pada Seru Saturday MPL Malaysia Musim Ke-13 telah mencatatkan peningkatan 37% berbanding Regular Season MPL Malaysia Musim Ke-12 bagi Tontonan Serentak Puncak (Peak Concurrent Viewers – PCV), menurut Esports Charts.

                    Homebois menjadi pasukan pertama di arena antarabangsa yang menggunakan hero baru Mobile Legends: Bang Bang, Chip, di dalam permainan kompetitif, mencipta kemenangan 2-1 ke atas Monster Vicious pada Minggu 2, Hari 1.

                    King Empire Esports mendahului kedudukan liga Regular Season MPL Malaysia Musim Ke-13 dengan 10 mata, diikuti oleh Selangor Red Giants dengan 9 mata, dan Team HAQ dengan 7 mata.

 

Pemain Homebois, Mohammad "Xorn" Noor memberikan amaran kepada pesaing mereka selepas memberi debut hero baru Mobile Legends: Bang Bang, Chip, di Minggu 2, Hari 1.

 

KUALA LUMPUR, 8 April Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia Musim Ke-13 terus membuktikan popularitinya dari musim ke musim. Liga ini berjaya mencatatkan rekod baru untuk Tontonan Serentak Puncak (Peak Concurrent Viewers – PCV) Regular Season pada Minggu 2 Musim 13; 228,679 peminat telah menyaksikan dalam talian secara serentak bagi perlawanan di antara Homebois dan Team HAQ pada Hari 2, menurut platform data esukan, Esports Charts. Ini merupakan penanda aras baru menerusi peningkatan sebanyak 37% berbanding rekod PCV yang dicatatkan pada Regular Season MPL Malaysia Musim Ke-12 (166,000 PCV) bagi perlawanan TODAK dan Homebois pada Minggu 4. Homebois telah mendominasi carta penonton musim ini, dengan ketiga-tiga pertandingan mereka berjaya menduduki tempat pertama, kedua, dan ketiga bagi PCV.

 

Senarai perlawanan dengan PCV tertinggi selepas Minggu 2 Regular Season MPL Malaysia Musim Ke-13. Kredit gambar: Esports Charts

 

Raja Baru mendahului semua manakala Chip membuat penampilan sulung di Minggu 2

King Empire Esports telah menjatuhkan Selangor Red Giants di Minggu 2 Regular Season selepas meraih kemenangan bagi keempat-empat perlawanan mereka. Pesaing baru liga ini mencatat dua kemenangan bersih berturut-turut ke atas Bountee Esports pada Hari 2 dan Barracuda Esports pada Hari 3, sekaligus berjaya merebut 6 mata maksimum di Minggu 2. Kemenangan mereka ke atas Barracuda Esports pula menambah keperitan bagi pihak lawan yang masih buntu mencari kemenangan pertama mereka selepas tiga perlawanan.

 

Selangor Red Giants pula menduduki tempat kedua dengan 9 mata, dan masih mempunyai kelebihan satu perlawanan berbanding pemimpin liga. Mereka menunjukkan dominasi ke atas juara MPL Malaysia sebanyak tiga kali, TODAK, dengan kemenangan 2-0 pada Hari 2 untuk mengekalkan rekod sempurna mereka pada musim ini. Red Giants kekal sebagai pasukan tunggal yang masih belum tewas dalam sebarang perlawanan, serta berjaya  mengumpulk mata maksimum untuk ketiga-tiga perlawanan mereka. Team HAQ melengkapkan senarai tiga pasukan teratas dengan 7 mata selepas berjaya merampas satu mata daripada Homebois di Hari 2, dan kejayaan mengatasi Monster Vicious di Hari 3.

 

Homebois mencatatkan kemenangan pertama mereka musim ini – menentang Monster Vicious pada Hari 1 dan Team HAQ pada Hari 2. Juara bertahan itu semestinya menghargai mata pertama mereka dalam liga, tetapi mungkin sedikit kecewa dengan kehilangan 2 mata selepas hanya berjaya mengumpulkan skor 2-1 di kedua-dua perlawanan. Perlawanan Homebois melawan Monster Vicious menyaksikan penampilan sulung hero global terbaru Mobile Legends: Bang Bang, Chip, di dalam permainan profesional. Roamer Homebois, Xorn, berjaya mendapatkan KDA (Kills-Deaths-Assists) yang mengagumkan 1/0/10 di Permainan 1, menjadikannya Pemain Paling Berharga (MVP) Permainan, dan mempengaruhi strategi Monster Vicious yang kemudiannya melarang hero (banned hero) tersebut di dalam dua permainan seterusnya.

 

 

Pertarungan tumpuan mengejar gelaran di Minggu 3

Minggu 3 Regular Season akan bermula semula pada 19 hingga 21 April selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Pertandingan pembukaan akan menjadi peluang bagi Selangor Red Giants untuk menebus kekecewaan lampau setelah tewas dengan RSG Malaysia di Pusingan Akhir Kohai SEA Championship Season 2 pada bulan Disember lepas, di mana mereka kalah 4-3 di pertandingan kemuncak.

 

Perlawanan tumpuan Seru Saturday akan menampilkan juara bertahan Homebois menentang penentang utama musim ini, King Empire Esports di dalam perlawanan mesti menang bagi kedua-dua pasukan. Bagi Lu "SaSa" Khai Bean dan Aeliff "Smooth" Adam Md Ariff dari King Empire Esports, ini merupakan peluang mereka untuk membalas kekecewaan akibat kalah kepada Homebois di Perlawanan Akhir Playoffs Musim Ke-12 semasa mereka mewakili Team SMG. Kekalahan itu menyebabkan pasukan mereka melalui laluan getir melalui peringkat Wildcard sebelum berjaya mendapatkan slot Kejuaraan Dunia M5 pada tahun lalu. Selain itu, tumupuan juga diberikan kepada pertemuan semula bekas rakan sepasukan dengan nama gelaran gabungan "Kage", SaSa dan Muhammad "Udil" Ardiansyah, yang akan bertempur menerusi pasukan berbeza. Kedua-dua mereka telah berjaya menempa nama dan pelbagai kejayaan semasa bersama-sama di pasukan ONIC Esports Indonesia, termasuklah MLBB Southeast Asia Cup (MSC) dan MPL Indonesia.

 

Hari 3 bakal menyaksikan Jungler TODAK, Muhammad Syafizan Najmi "Garyy" Kamarulzaman, menentang pasukan lama beliau iaitu Team HAQ. Dicanang sebagai pemindahan pemain termahal dalam sejarah MPL Malaysia dengan nilai sekitar RM100,000. Tekanan besar ke atas Garyy terutamanya selepas permulaan yang kurang memberangsangkan untuk TODAK semasa permulaan Musim Ke-13. Walau bagaimanapun, Jungler Team HAQ sendiri, Janus "Y4nusu" Badando, menjanjikan persaingan yang sengit selepas mencatatkan kejayaan menjadi Pemain Terbaik Perlawanan (MVP) semasa perlawanan melawan Bountee Esports di Minggu Pertama.

 

Minggu 3 Regular Season MPL Malaysia Musim Ke-13 menyaksikan 10 pasukan terbaik Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Malaysia terus berjuang untuk mewakili negara di Mid Season Cup MLBB dengan hadiah terkumpul sebanyak RM14 juta (USD 3 juta) yang semestinya bakal memberi impak besar kepada pemain dan pasukan. Selain itu, para pasukan juga akan bersaing untuk merebut bahagian terbesar hadiah terkumpul MPL Malaysia Musim Ke-13 sebanyak RM468,000 (USD 100,000).

 

Jadual penuh Minggu Ke-3 boleh dirujuk di bawah:

 

 

Sentiasa kekal pantas dengan berita terkini dan pelbagai aksi MPL Malaysia Musim Ke-13 dengan Hotlink. Rangkaian 5G Hotlink menawarkan latensi rangkaian tanpa tandingan dengan pelan berpatutan, untuk memberikan akses internet lebih meluas untuk menikmati pengalaman bermain MLBB yang terbaik. Para peminat juga boleh memenangi pelbagai barangan in-game eksklusif, dan barangan dengan hanya melawat booth Hotlink di stadium. Musim ini juga menampilkan kembali rakan-rakan strategik seperti ASUS Republic of Gamers (ROG) dan Nescafe.

 

Muat turun kit media MPL Malaysia Musim Ke-13, yang mengandungi gambar-gambar pemain, personaliti MPL, perlawanan, termasuk juga maklumat penting seperti jadual perlawanan dan platform siaran: https://drive.google.com/drive/folders/1F9Cgl5H1Rd00FpKs5UK2usM3BLjf_aKR

 

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai MPL Malaysia, sila ke Laman Web Rasmi dan ikuti liga di Facebook, TikTok, dan Instagram.