[BM] Dua dunia bertembung apabila TRON: Ares mara ke MPL Malaysia; inilah sorotan Minggu 2 untuk Musim Ke-16!
23 September 2025 | 371 View

Liga esukan paling popular di Malaysia hadir dengan aura neon, sentuhan digital dan gaya sains fiksyen menjelang tayangan filem pada 9 Oktober ini.

 

 

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 22 September 2025—Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia semalam (21 September) mengumumkan kolaborasi bersama TRON: Ares, sebuah filem aksi sains fiksyen Hollywood akan ditayangkan tidak lama lagi. Arena MPL Malaysia musim ke-16 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil bakal diserikan dengan aktiviti di lapangan bertema futuristik TRON: Ares dari minggu ketiga (26 hingga 28 September) dan minggu keempat (3 hingga 5 Oktober). Grid ini juga akan bertembung dengan medan pertempuran MPL Malaysia menerusi pelbagai sentuhan lain termasuk siaran langsung rasmi, saluran milik liga ini dan juga tayangan eksklusif filem tersebut.

 

Krystal Tan, Ketua Pembangunan Perniagaan Esukan Malaysia di MOONTON Games, berkata: "TRON: Ares mengisahkan perjalanan sebuah program canggih dari dunia digital ke dunia nyata yang menjadi titik pertemuan pertama manusia dengan entiti kecerdasan buatan. Pertembungan dua dunia ini turut ditunjukkan dalam kehadiran TRON: Ares ke alam MPL Malaysia, sebuah gabungan antara dunia esukan dan layar perak. Kami menjangkakan ramai penonton filem akan menyaksikan pertemuan pertama mereka dengan esukan melalui kerjasama ini sekaligus membuka jalan ke arah liga francais yang lebih diperkasa musim hadapan dan menjadi bentuk hiburan arus perdana,"

 

Tonton pengumuman kolaborasi itu di sini: https://www.youtube.com/live/kTFES1Rzv9U?si=ec8YDLiJAu3SYtJ4&t=19254

 

Lebih banyak maklumat lanjut mengenai kolaborasi ini akan diumumkan di saluran rasmi media sosial MPL Malaysia (Facebook, Instagram, TikTok, YouTube) tidak lama lagi. TRON: Ares akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 9 Oktober.

 

Tontonan Jadual Minggu Kedua: CG Esports Mendaki Ranking Dengan Gah!

Pada pengakhiran minggu kedua, CG Esports (CG) mengungguli carta kedudukan dengan 9 mata selepas mendapatkan kemenangan berturut-turut dalam kemunculan sulung mereka di pentas MPL Malaysia musim ke-16. Mereka menang dua kali dengan skor 2-0 iaitu pada perlawanan ke atas Untitled (hari kedua, 20 September) dan Monster Vicious (hari ketiga, 21 September) untuk membuktikan legasi pemain veteran mereka masih boleh diteruskan. Meskipun bernaung di bawah organisasi esukan baru, mereka diterajui oleh lagenda Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Muhammad Danial "CikuGais" Mohamad Fuad yang mula mencipta nama pada 2019. CikuGais berjaya memenangi liga ini sebanyak tiga kali bersama Todak (TDK) di mana dia bermain setiap posisi dalam permainan. CG kembali ke MPL Malaysia untuk musim ke-16 selepas mendapatkan promosi liga pada musim ketiga Liga Akademi MLBB Malaysia (MAL MY).

 

Ahli pasukan CG Esports bersorak menang selepas menewaskan Monster Vicious. Dari kiri ke kanan: Gary, Valenz, CikuGais dan Ye3.

 

Team Vamos (VMS) selesa di tempat kedua dengan 8 mata selepas memenangi dua perlawanan pada minggu kedua. Mereka membuka tirai di minggu kedua dengan persembahan meyakinkan selepas kemenangan 2-0 ke atas GamesMY Kelantan (GMXK) namun mereka tercicir berbanding pendahulu liga selepas kehilangan satu game dan satu mata ketika menentang AERO Esports (AERO) pada hari ketiga, meskipun berjaya meraih kemenangan 2-1.

 

Pasukan pilihan liga, Selangor Red Giants OG Esports (SRG) di tempat ketiga dengan 5 mata dari 2 perlawanan dimainkan setakat ini. CG dan VMS kini perlu berhati-hati dengan juara liga tiga kali yang mencipta sejarah kerana SRG mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

 

Nota mengenai Peraturan Tiebreaker Regular Season di Musim Ke-16:

 Sepanjang Regular Season, pasukan akan dimerit berdasarkan Live Points; mata ini dikumpul melalui keputusan perlawanan Best-Of-Three setiap pasukan. Kemenangan 2-0 memberikan tiga mata; kemenangan 2-1 memberikan dua mata; kekalahan 1-2 memberikan satu mata; kekalahan 0-2 tidak memberikan sebarang mata.

 Jika terdapat lebih daripada satu pasukan terikat dan tidak dapat ditentukan pemenang melalui ranking Live Points, pasukan yang terikat akan diranking berdasarkan Mata Agregat iaitu jumlah kemenangan perlawanan. Setiap kemenangan perlawanan bernilai +1 mata, manakala kekalahan perlawanan ditolak -1 mata.

  Jika masih terikat, penentuan seterusnya akan dibuat berdasarkan rekod pertemuan terus (head-to-head) antara pasukan yang terlibat.

 

 

Previu Minggu Ketiga: Perlawanan Epik Antara Mentor (CikuGais) & Anak Didik (YumS)

Di sebalik tirai TRON: Ares, minggu ketiga bakal menyajikan pertembungan hebat antara CikuGais dari CG dan Muhammad "YumS" Suhairi dari SRG—dua atlet esukan paling berpengaruh di Malaysia yang dahulunya pernah berkongsi hubungan Mentor-Anak Didik. CikuGais membawa masuk YumS ke dalam TDK pada musim kelapan tahun 2021 di mana mereka berjaya menjuarai liga sebanyak dua kali bersama-sama (Musim kesembilan dan ke-11). Namun, perjalanan mereka kini berbeza; YumS telah mencipta kejayaan lebih besar selepas meninggalkan TDK untuk menyertai SRG pada tahun 2023 dengan merangkul pelbagai kejuaraan domestik dan antarabangsa termasuk rekod bersejarah memenangi kejohanan utama MLBB pertama untuk Malaysia, iaitu Piala Pertengahan Musim (MSC) 2024.

 

Perlawanan CG lawan SRG akan berlangsung pada 28 September ini pada jam 3:00 PM GMT+8.

 

Jadual minggu ketiga adalah seperti berikut:

 

 

Keseluruhan aset media (jadual perlawanan, naratif, nama pasukan dan foto pasukan serta foto perlawanan) boleh diakses di pautan MPL Malaysia Season 16 Media Assets Google Sheet.

 

Untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai MPL Malaysia, ikuti MPL Malaysia di Facebook, Instagram, TikTok, laman web.

 

Dapatkan tiket perlawanan di laman web rasmi.

 

###

 

Mengenai Mobile Legends: Bang Bang

Mobile Legends: Bang Bang adalah salah satu permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) mudah alih yang paling popular di seluruh dunia, yang menyatukan komuniti melalui kerjasama berpasukan dan strategi. Dengan lebih daripada 1.5 bilion muat turun dan 110 juta pengguna aktif bulanan, permainan yang memenangi anugerah ini berada dalam kalangan 10 permainan paling banyak dimainkan di lebih 80 negara. Dengan jangkauan yang luas di seluruh wilayah Asia Pasifik, permainan ini boleh didapati di 139 negara dengan kehadiran esports global yang meluas.

 

Mengenai Mobile Legends: Bang Bang Esports

Ditubuhkan pada 2017, Mobile Legends: Bang Bang Esports berfungsi sebagai platform untuk pemain mengejar impian mereka menjadi atlet esukan dan membuka peluang dalam ekosistem esukan antarabangsa. Sejak itu, MLBB Esports telah berkembang ke pelbagai liga, termasuk siri MPL yang dianjurkan di Asia Tenggara, Timur Tengah, dan Amerika Latin; MPL adalah siri acara esukan pertama yang melepasi 1 bilion jam tontonan di seluruh dunia.

 

Mengenai MOONTON Games

Ditubuhkan pada 2014, MOONTON adalah syarikat permainan video global yang berdedikasi dalam pembangunan permainan, penerbitan, dan esukan. Dengan lebih daripada 1,600 pekerja di seluruh dunia, syarikat ini mengendalikan pejabat di Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika Latin, dan China. Ia telah berjaya melancarkan beberapa permainan mudah alih berprofil tinggi di peringkat global dan telah membina hubungan jangka panjang dengan kerajaan serta organisasi esukan di lebih daripada 30 negara di seluruh dunia. Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan utama mereka dan merupakan permainan multiplayer online battle arena (MOBA) mudah alih terkemuka di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, layari https://en.moonton.com.

 

Untuk pertanyaan media atau permintaan temubual, sila hubungi:

Marcus Lim

Ketua Perhubungan Awam Antarabangsa di MOONTON Games

Telefon bimbit: +65 9069 2651

Emel: marcuslim@moonton.com