MESF UMUMKAN BARISAN RASMI PASUKAN #TEAMMAS MLBB KE SUKAN SEA KE-33, THAILAND 2025
13 September 2025 | 715 View

KUALA LUMPUR, 13 SEPTEMBER 2025 – Bersempena dengan hari pembukaan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL), Malaysia Esports Federation (MESF) dengan sukacitanya mengumumkan barisan rasmi Pasukan #TeamMAS Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang akan mewakili negara di temasya Sukan SEA ke-33 yang dijadualkan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 13 hingga 19 Disember 2025. Di bawah kepimpinan Presiden MESF, Muhammad Naim Al-Amin, dan Ketua Kontijen (Esukan), Aiman Wafiy Roslan, skuad negara kali ini tampil dengan persiapan rapi serta misi jelas memburu pingat emas buat Malaysia dalam acara MLBB.


#TeamMAS MLBB (Kategori Lelaki)

Pengurus Pasukan (Kategori Lelaki & Wanita): Simon Mason Lim

Barisan Kejurulatihan

  • Michael Angelo Libao Bocado – Arcadia (Ketua Jurulatih)
  • Poon Kok Sing – Ozoraveki (Penolong Jurulatih 1)
  • Nur Hanis Adlan Bin Adnan – Haru (Penolong Jurulatih 2)
  • Chun Chin Wee – Winter (Penganalisis)

Senarai Pemain

  • Muhammad Qayyum Ariffin Bin Mohd Suhairi – YumS
  • Hazziq Danish Bin Mohamad Rizwan – Stormie
  • Muhammad Haqqullah Bin Ahmad Shahrul Zaman – Sekys
  • Ealtond Rayner – Lolealz
  • Muhammad Danish Fitri Bin Razman – Uni
  • Idreen Bin Abdul Jamal – Momo


#TeamMAS MLBB (Kategori Wanita)

Pengurus Pasukan (Kategori Lelaki & Wanita): Simon Mason Lim

Barisan Kejurulatihan

  • Muhammad Farhan Bin Ibrahim – Sora Payung (Ketua Jurulatih)
  • Kelvin Unting Kelly – Rexvinn (Penolong Jurulatih)

Senarai Pemain

  • Qurratul Ain Nurfarisha Bt Mohd Nizam – Shaa
  • Hanis Wahidah Binti Mohamad Dashuki – Hanie
  • Queenie Lim Mae Shen – Qu1nn
  • Afrina Balqis Binti Ibdhi Har Ali – Rinaa
  • Arfah Hazira Binti Shahiruddin – Tiramisu
  • Sharifah Alia Husna Syed Fakrrurozi – Aria

Maklumat Sukan SEA ke-33, Thailand 2025 (Esports)
Tarikh : 13 – 19 Disember 2025
Lokasi : Bangkok, Thailand
Sasaran MLBB : Pingat Emas

“Selepas melalui proses penilaian rapi oleh panel penilai yang berpengalaman, kami percaya barisan pemain dan jurulatih yang dipilih ini adalah yang terbaik untuk menggalas cabaran negara. Dengan persiapan menyeluruh, kami yakin Pasukan #TeamMAS MLBB mampu menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia,” kata Muhammad Naim Al-Amin, Presiden MESF
Krystal Tan, Ketua Pembangunan Perniagaan Esports Malaysia di MOONTON Games, berkata: “Malaysia telah membuktikan dirinya sebagai kuasa besar di pentas MLBB antarabangsa, dengan pencapaian cemerlang di Esports World Cup serta prestasi mantap di kejohanan serantau seperti IESF World Esports Championship. Pengumuman barisan rasmi Pasukan #TeamMAS MLBB ini adalah satu pencapaian membanggakan yang menunjukkan sejauh mana ekosistem esports negara telah berkembang. Kami berbesar hati untuk menyokong Malaysia Esports Federation dan barisan pemain berbakat ini ketika mereka mewakili negara di Sukan SEA 2025, dan kami tidak sabar melihat mereka mengangkat semangat #PantangMengalah dalam usaha meraih pingat emas.”

Kejayaan di Sukan SEA 2025 ini bakal menjadi medan penting untuk terus mengangkat nama Malaysia di peringkat antarabangsa serta membuktikan kemampuan atlet esports negara.
Hashtag rasmi: #TeamMAS #SEAGames2025 #MESF #PantangMengalah
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Penerangan & Komunikasi 
azrai@mesf.my (011-51405328)


Mengenai MESF

Malaysia Esports Federation (MESF) ialah badan induk rasmi yang mengawal selia industri esports di Malaysia. Ditubuhkan dengan sokongan penuh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Pesuruhjaya Sukan (PJS), MESF bertanggungjawab merangka dasar, melaksanakan program pembangunan, serta menguruskan penyertaan atlet negara di kejohanan antarabangsa. MESF komited untuk membangunkan ekosistem esports yang mampan, profesional, dan inklusif bagi mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Mengenai Mobile Legends: Bang Bang

Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) ialah salah satu permainan mudah alih bergenre Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) paling popular di dunia yang menghubungkan komuniti melalui kerjasama dan strategi. Dengan lebih daripada 1.5 bilion muat turun dan 110 juta pengguna aktif bulanan, permainan yang memenangi anugerah ini berada dalam senarai 10 permainan paling banyak dimainkan di lebih 80 buah negara. Dengan capaian luas di rantau Asia Pasifik, MLBB kini tersedia di 139 buah negara dengan kehadiran kukuh dalam arena esports global