Minggu Keenam: Debaran kian terasa, apa pun
boleh terjadi
Minggu terakhir Regular
Season ini akan melibatkan dua kumpulan dengan sasaran berbeza. Enam pasukan
sudah pun layak ke Playoffs Musim Ke-14 x Southern Festival. Pencabar Playoffs – Selangor Red
Giants, Team Vamos, RED Esports, Monster Vicious, JP NINERS, dan TODAK – mereka
akan memainkan peranan penting yang bakal membentuk bracket di Playoffs nanti.
Sementara itu, Pertarungan 'Relegation' –
Team Rey, Homebois, Team HAQ, dan RSG MY – bertarung berhabis-habisan untuk
kekal di dalam liga pada musim depan. Pasukan tercorot (ke-10) sah akan melalui
pusingan relegation manakala pasukan
di kedudukan kesembilan akan melawan pasukan kedua dari Challengers Conference
bagi Liga Akademi MLBB Malaysia (MAL MY) dan pemenang akan mengunci slot di MPL
Malaysia Musim Ke-15.
Kedudukan dua teratas akan
menjadi buruan bagi Pencabar Playoffs yang mana ia membolehkan kedua-dua
pasukan untuk melangkau satu perlawanan iaitu pusingan suku akhir Upper
Bracket. Tapi hanya satu slot lagi yang tinggal kerana ia sudah diisi oleh
Selangor Red Giants yang mendominasi tanpa kekalahan. Team Vamos menjadi
pasukan pilihan untuk mengakhiri musim liga di kedudukan kedua; mereka sudah
pun di tempat kedua dan mempunyai kelebihan satu perlawanan berbanding RED
Esports yang berada di tempat ketiga. Mereka juga akan bermain perlawanan yang
dijangka boleh menang ke atas RSG MY pada jam 5:45 PM GMT+8 pada 11 Oktober,
diikuti Team Rey pada jam 12:30 PM GMT+8 pada 13 Oktober. Bagaimanapun, pasukan
yang penuh dengan momentum ini perlu mempamerkan kekuatan mental luar biasa ke
atas RSG MY selepas tewas dua kali berturut-turut sebelum ini dalam perlawanan
lain. Kejayaan mereka akan ditentukan dengan sejauh mana mereka mendahagakan
posisi dua teratas itu.