Jadual Minggu 5
30 September 2024 | 119 View

Pertarungan semakin hangat di Minggu Kelima!

Perlawanan bukan lagi menjadi pemanas badan sebaliknya menjadi penentuan bagi sesetengah pasukan menuju Minggu Kelima, di mana beberapa pasukan secara kiraan matematik bakal mengunci slot di Playoffs.

 

Semua mata tertumpu kepada Team Vamos dan bagaimana mereka bakal kembali bangkit selepas kekalahan di tangan Selangor Red Giants. Mereka akan memulakan Minggu Kelima dengan perlawanan ke atas Monster Vicious pada 4 Oktober, 3:15 PM GMT+8, yang mana ia akan menentukan jika mereka mampu menunjukkan kembali prestasi yang memberikan kemenangan pada tiga game pertama musim ini. Ia adalah ujian ketahanan mental untuk mereka.

 

Team Vamos juga seterusnya akan melawan Homebois pada 5 Oktober, 3:00 PM GMT+8, dalam perlawanan yang menemukan semula Muhammad "Udil" Ardiansyah dengan ahli pasukan lamanya. Atlet e-sukan termahal di Malaysia ini dipindahkan dari skuad Indonesia, Alter Ego Esports dengan rekod RM330,000 pada Januari di mana dia adalah satu-satunya pemain dari Homebois yang berada dalam barisan permulaan. Bagaimanapun, Mid Laner ini sudah diganti oleh Mohammad "Izanami" Lim, dan bakal menyaksikan kehangatan perlawanan ini dari bangku penonton. Bagaimanapun, pemahaman mendalam Udil terhadap bekas jurulatihnya dahulu, Khairul "Pabz" Sharif, mungkin akan memainkan peranan penting untuk Homebois melakukan kejutan.

 

Meskipun sudah layak ke Playoffs, Selangor Red Giants pastinya ingin mempertahankan rekod kemenangan berterusan mereka, kali ini ke atas JP NINERS pada jam 3:00 PM GMT+8 pada 6 Oktober. Akan tetapi, skuad yang hadir dari Negeri Sembilan ini pastinya akan cuba menafikan impian itu, selepas kemenangan ke atas TODAK sebelum ini. Kejayaan JP NINERS akan bergantung kepada gaya permainan tinggi risiko, tinggi ganjaran. Gergasi Merah akan mencari ruang dan peluang untuk menghukum jika JP NINERS bermain terlalu agresif.