Gergasi Merah ini adalah pasukan pertama layak ke Playoffs dengan 17
mata, mendahului 7 mata dari Team Vamos (10 mata) dan Todak (10 mata).
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 30 September – Takhta semestinya tidak
boleh dikongsi. Ia dibuktikan pada Minggu Keempat: Minggu Diraja di MPL
Malaysia Musim Ke-14 Regular Season yang menyaksikan penyandang juara, Selangor
Red Giants menundukkan Team Vamos yang berada di tempat kedua sekali gus menjadi
satu-satunya pasukan yang tidak pernah tewas satu perlawanan pun setakat ini.
Raja liga ini mengakhiri minggu lepas dengan sempurna selepas menewaskan RSG
Malaysia 2-0 untuk mendahului sebanyak 7 mata di tangga teratas Regular Season
bagi mengunci slot ke Playoffs.
Pada pengakhiran Minggu
Keempat, Selangor Red Giants gah di tangga teratas liga dengan 17 mata, diikuti
Team Vamos dan TODAK yang mempunyai 10 mata bagi setiap pasukan.
Sila lihat di bawah untuk
kedudukan kumpulan selepas Minggu Keempat Regular Season:
Rangkuman Minggu Keempat: Pertempuran diraja
Digelar sebagai perlawanan
paling dinantikan di Regular Season, perlawanan antara Selangor Red Giants dan
Team Vamos dipengaruhi dengan prestasi Jungler mereka, yang mana kedua-duanya
sangat mahir dalam meta didominasi assassin.
Mungkin ini sebabnya kenapa kedua-dua Jungler menjadi korban pertama dan kedua,
ditewaskan dalam minit pertama perlawanan. Jungler Team Vamos, Muhammad Nazhan
"Chibi" bin Mohd Nor, kehilangan kedua-dua purple buff dan karakternya juga kehilangan nyawa selepas
pencerobohan jungle dilakukan oleh
pemain-pemain Gergasi Merah, Mark "Kramm" Rusiana dan Muhammad
"Yums" Suhairi. Team Vamos tidak duduk diam sebaliknya membalas
asakan ini apabila Jungler Gergasi Merah, Muhammad Haqqullah "Sekys"
bin Ahmad Shahrul Zaman dikunci pergerakkanya oleh Exp Laner Team Vamos, Aeliff
"Smooth" Ariff, Mid Laner, Rizky "Warlord" Agustian, dan
Roamer, Mohammad "Xorn" Noor.
Walaupun spotlight pra-perlawanan didominasi oleh
Junglers, ia sebenarnya bertukar rentak apabila Gold Laner Selangor Red Giants,
John "Innocent" Banal yang mencuri perhatian sebagai Pemain Paling
Bernilai (MVP) perlawanan itu dengan pemihan hero mengejutkan pihak lawan,
iaitu Wanwan dan Moskov, memberikannya 11 mata bunuh, tiada kematian dan 9 assists. Pemain marksman digeruni ini
juga berjaya memperoleh dua Triple Kills,
salah satunya didapatkan ketika teamfight
penting di Game 2, yang membuatkan semua pemain Team Vamos dijatuhkan (wipeout).
Jurulatih Selangor Red Giants, Michael "Arcadia" Bocado, percaya
yang pengorbanan sentiasa menjadi teras kekuatan dan nadi yang menjadi kunci
kemenangan kepada pasukan ini. Ketika ditanya mengenai kejayaan menduduki
ranking pertama di Regular Season dan bagi mendapatkan tempat di Kejuaraan
Dunia M6, dia berkata "Kami yakin yang kami boleh teruskan momentum
kemenangan selagi kami terus berkorban kudrat dan usaha seperti yang dilakukan
pada musim lalu,"
Tapi dalam ucapannya juga
terselit kebimbangan: "Saya rasa keyakinan itu sentiasa ada. Ia bergantung
kepada macam mana kami boleh menunjukkannya. Sebab kami tak boleh hanya yakin
dan tak melakukan sesuatu yang luar biasa atau tidak fokus kepada aspek
permainan,"
PENUH! MPL MY Arena meriah dengan kebanjiran
penonton memenuhi segenap ruang untuk menyaksikan perlawanan antara Selangor
Red Giants dan Team Vamos.
Sementara itu, Monster
Vicious tewas kepada RSG Malaysia dan Homebois sekali gus memberikan kemenangan
pertama kepada kedua-dua pasukan itu di mana pasukan Monster Vicious dengan
kesemua pemain tempatan itu menunjukkan prestasi tidak begitu memberangsangkan.
Walaupun Monster Vicious kehilangan kemenangan berterusan bagi tiga perlawanan,
mereka mampu menarik nafas lega kerana pesaing terdekat mereka iaitu TODAK
mengalami kesulitan lawan Homebois dengan kemenangan 2-1 dan tewas 1-2 lawan JP
NINERS. Dengan satu perlawanan lebihan dimainkan oleh TODAK berbanding Monster
Vicious, TODAK berjaya mendapatkan ranking tiga teratas (top 3) untuk pertama kalinya musim ini. Mereka pastinya ingin
kembali meneruskan era kegemilangan sebagai pasukan Malaysia yang memenangi MPL
Malaysia sebanyak tiga kali. Mereka juga adalah satu-satunya pasukan di
kedudukan enam teratas yang membuktikan tiada frasa mustahil pada Minggu
Keempat, melompat dua anak tangga dari tempat kelima ke tempat ketiga Regular
Season.
Kemenangan Homebois buat
pertama kalinya di musim liga ini berjaya mengeluarkan mereka dari zon bahaya (relegation). Kehadiran EXP Laner, Markho
"Crush" Jaianne Turla berjaya menukar rentak Homebois dengan
kemenangan ke atas Monster Vicious. Ejen bebas ini menyertai pasukan itu pada
Minggu Keempat untuk memperhalusi strategi dan memperkasakan prestasi Homebois
selepas kehilangan hampir semua pemain kepada Team Vamos pada off-season. Dengan berbaki tiga lagi
perlawanan di Regular Season, ahli pasukannya pasti mengharapkan pemain
Filipina ini mampu untuk menyesuaikan diri sepenuhnya dengan gaya permainan
Homebois.
TERKILAN… Crush
menunjukkan reaksi seakan tak percaya kepada hos MPL Malaysia, Rose, selepas
dinamakan sebagai MVP pada hari debutnya di MPL Malaysia.
Pertarungan semakin hangat di Minggu Kelima!
Perlawanan bukan lagi menjadi
pemanas badan sebaliknya menjadi penentuan bagi sesetengah pasukan menuju
Minggu Kelima, di mana beberapa pasukan secara kiraan matematik bakal mengunci
slot di Playoffs.
Semua mata tertumpu kepada
Team Vamos dan bagaimana mereka bakal kembali bangkit selepas kekalahan di
tangan Selangor Red Giants. Mereka akan memulakan Minggu Kelima dengan
perlawanan ke atas Monster Vicious pada 4 Oktober, 3:15 PM GMT+8, yang mana ia
akan menentukan jika mereka mampu menunjukkan kembali prestasi yang memberikan
kemenangan pada tiga game pertama musim ini. Ia adalah ujian ketahanan mental
untuk mereka.
Team Vamos juga seterusnya
akan melawan Homebois pada 5 Oktober, 3:00 PM GMT+8, dalam perlawanan yang
menemukan semula Muhammad "Udil" Ardiansyah dengan ahli pasukan
lamanya. Atlet e-sukan termahal di Malaysia ini dipindahkan dari skuad Indonesia,
Alter Ego Esports dengan rekod RM330,000 pada Januari di mana dia adalah
satu-satunya pemain dari Homebois yang berada dalam barisan permulaan.
Bagaimanapun, Mid Laner ini sudah diganti oleh Mohammad "Izanami"
Lim, dan bakal menyaksikan kehangatan perlawanan ini dari bangku penonton.
Bagaimanapun, pemahaman mendalam Udil terhadap bekas jurulatihnya dahulu,
Khairul "Pabz" Sharif, mungkin akan memainkan peranan penting untuk
Homebois melakukan kejutan.
Meskipun sudah layak ke
Playoffs, Selangor Red Giants pastinya ingin mempertahankan rekod kemenangan
berterusan mereka, kali ini ke atas JP NINERS pada jam 3:00 PM GMT+8 pada 6
Oktober. Akan tetapi, skuad yang hadir dari Negeri Sembilan ini pastinya akan
cuba menafikan impian itu, selepas kemenangan ke atas TODAK sebelum ini.
Kejayaan JP NINERS akan bergantung kepada gaya permainan tinggi risiko, tinggi
ganjaran. Gergasi Merah akan mencari ruang dan peluang untuk menghukum jika JP
NINERS bermain terlalu agresif.
Sila lihat di bawah untuk
jadual Minggu Kelima:
Hotlink sebagai Penyampai
Malaysia, bersedia mengoptimumkan sepenuhnya rangkaian liga untuk memberikan
pengalaman permainan terbaik untuk MLBB. Manfaatkan rangkaian 5G Hotlink untuk
mendapatkan kependaman rangkaian tiada tandingannya dan alami pengalaman
permainan yang lebih baik.
Musim ke-14 dianjurkan
bersama oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan MOONTON Games.
ASUS Republic of Gamers (ROG) dan JD Sports adalah Penaja Rasmi liga, dan Head
& Shoulders adalah Rakan Esukan. Liga ini juga mempunyai Rakan Strategik
TNTCO, dan Majlis Bandaraya Subang Jaya, MBSJ.
Muat turun kit media MPL
Malaysia Musim Ke-14 di sini. Maklumat penting
termasuk logo, roster pemain, dan gambar perlawanan boleh dimuat turun di sini.
Jika anda belum berbuat
demikian, sila mohon akreditasi media untuk MPL Malaysia Musim Ke-14 dan kami
akan menyediakan pas media kepada anda: https://moonton.feishu.cn/share/base/form/shrcnXjNeCucsKj8F4tUiGKRHXd
Untuk
perkembangan terkini dan berita mengenai MPL Malaysia, sila 'like' dan ikuti
saluran media sosial di bawah:
- MPL Malaysia
Facebook
- MPL Malaysia TikTok
- MPL Malaysia
Instagram
- MPL Malaysia
YouTube
- MPL Malaysia
Website
###
Mengenai Mobile Legends: Bang Bang
Mobile Legends: Bang Bang
adalah permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) mudah alih yang paling
popular di seluruh dunia yang membawakan pelbagai komuniti melalui kerjasama
dan strategi. Dengan lebih daripada 1.465 bilion pemasangan dan 110 juta
pengguna aktif bulanan, permainan yang memenangi pelbagai anugerah ini
merupakan antara 10 permainan yang paling banyak dimainkan di lebih daripada 80
negara. Dengan capaian yang meluas di seluruh rantau Asia Pasifik, permainan
pelbagai pemain ini tersedia di 139 negara dengan keberadaan di pentas esukan
antarabangsa.
Mengenai E-Sukan Mobile Legends: Bang Bang
Dilancarkan pada 2017,
Mobile Legends: Bang Bang Esports adalah sebuah platform kepada pemain untuk
mencapai cita-cita mereka untuk menjadi atlet esukan atau untuk mencari peluang
di dalam ekosistem esukan antarabangsa. MLBB Esports kini telah berkembang
kepada beberapa liga, termasuklah siri MPL di Asia Tenggara, Timur Tengah dan
Amerika Latin.
Mengenai MOONTON Games
Ditubuhkan pada 2014,
MOONTON Games adalah syarikat penerbitan permainan video yang fokus kepada
pembangunan permainan, penerbitan dan esukan. Dengan lebih 1500 pekerja di
serata dunia, MOONTON beroperasi di Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina,
Amerika Latin, Hong Kong dan China. Ia telah berjaya melancarkan beberapa judul
permainan telefon berprofil tinggi dan telah membina hubungan jangkamasa
panjang bersama-sama kerajaan dan organisasi esukan di lebih 30 negara serata
dunia. Mobile Legends: Bang Bang adalah judul permainan terbesar, dan kini
mendahului genre multiplayer online battle arena (MOBA) mudah alih di dunia.
Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan utama mereka dan merupakan permainan
Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) mudah alih yang terkemuka di seluruh
dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://en.moonton.com.
Untuk pertanyaan media atau permintaan
temubual, sila hubungi:
Marcus Lim
Pengurus PR Serantau di
MOONTON Games
Telefon Bimbit: +65 9069
2651
Emel: marcuslim@moonton.com