[BM] Selangor Red Giants dan Team Vamos sambut Hari Malaysia dengan penuh gemilang selepas Minggu Kedua MPL Malaysia Musim Ke-14 Regular Season!
16 September 2024 | 148 View

Penonton di MPL MY Arena menyanyikan lagu Negaraku


Pasukan dengan kesemua pemain tempatan, Monster Vicious selesa di tangga ketiga dengan kelebihan satu perlawanan


KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 16 September Selangor Red Giants dan Team Vamos akan menyambut Hari Malaysia di ranking teratas Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia Musim Ke-14 Regular Season selepas mendapatkan kemenangan penting di Minggu Kedua. Pasukan dengan kesemuanya pemain tempatan, Monster Vicious pula selesa di tangga ketiga dengan kelebihan satu perlawanan. Pasukan-pasukan ini bertarung untuk mewakili negara di M6 World Championship (M6), sebuah kejohanan berprestij Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), yang akan dihoskan di Malaysia tahun ini.

 

Dua pasukan teratas dari MPL Malaysia akan mewakili negara untuk bertarung di hadapan penyokong tempatan , yang akan dihoskan di lokasi ikonik, Axiata Arena. Malaysia belum pernah memenangi kejohanan siri M, tapi baru-baru ini kita berjaya mencipta sejarah dengan menjadi juara buat pertama kalinya di kejohanan antarabangsa MLBB; pada 14 Julai lalu, Selangor Red Giants mengalahkan juara dunia, Falcons AP.Bren sekali gus merampas takhta sebagai juara dunia di Mid Season Cup (MSC) 2024 di Riyadh, Saudi dengan hadiah wang tunai terkumpul AS$1 juta.


MPL Malaysia menyambut Hari Malaysia di Minggu Kedua

Tema cinta dan membanggakan negara ditunjukkan pada Minggu Kedua Regular Season, yang berlangsung dari 13 hingga 15 September, sehari sebelum Hari Malaysia pada 16 September. Lagu Negaraku berkumandang di segenap sudut MPL MY Arena di Serdang Jaya sementara Todak Music melancarkan 'anthem' patriotik, "INI NEGARAKU," yang dipersembahkan secara langsung. 



Penyanyi, Razak A'ai dan rapper, Mortal bersama AG Coco dan DJ Uno mempersembahkan lagu "INI NEGARAKU" untuk pertama kalinya secara langsung di atas pentas.


Selain itu, ikon sukan seperti bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha dan atlet bola jaring kebangsaan, Fariha Razak berserta Hos TV Astro Arena, Bang Med, menyampaikan nasihat dan menghantar ucapan selamat kepada atlet esukan negara.



Hos TV Astro Arena, Bang Med menyampaikan ucapan selamat ketika siaran langsung.


Bang Med, berkata: "Anda semua secara peribadinya adalah hero kepada saya sebab saya membesar ketika bermain game dianggap membuang masa. Tapi kalian membuktikan sebaliknya. Anda meletakkan gaming dan nama negara disanjung di mata dunia... Jadi sekali lagi, saya nak ucapkan terima kasih sebab sentiasa menjadi diri sendiri, terima kasih sebab sentiasa berlawan dan terima kasih sebab bertanding di atas nama Malaysia. Ia adalah sesuatu yang saya takkan dapat lakukan dan saya hidup melalui semangat anda semua."

 

Dia menambah: "Di mana saja saya berada, apabila tiba hari anda semua menang untuk Malaysia, saya dengan bangganya akan kibarkan Jalur Gemilang dan memasang lagu Negaraku."

 

Rangkuman Minggu Kedua: Perubahan pada kedudukan kumpulan

Selangor Red Giants dan Team Vamos mendahului dengan 8 mata selepas Minggu Kedua, dengan kedua-dua pasukan mempamerkan prestasi hebat di permulaan musim di mana mereka hanya tewas satu 'game' dari tiga perlawanan dimainkan. Monster Vicious yang dianggotai kesemua pemain tempatan pada Musim Ke-14, selesa di tangga ketiga sementara JP Niners di tangga keempat, kedua-duanya sama dengan 5 mata.



Kedudukan kumpulan di Regular Season selepas Minggu Kedua.


Pasukan yang membuat kemunculan sulung di liga ini, Team Vamos, memastikan Selangor Red Giants tidak menarik nafas lega dengan memenangi perlawanan ke atas JP NINERS 2-0 pada Hari 1 dan Team HAQ pada Hari 2 sekaligus mengikuti rapat Gergasi Merah itu mendekati tangga pertama. Tidak gentar dengan cabaran itu, penyandang juara liga mempamerkan kekuatan mental mereka yang menjadi pemangkin semangat memenangi MSC 2024 dengan kali ini meraih kemenangan bersih ke atas juara MPL Malaysia sebanyak tiga kali, TODAK, walaupun kedua-dua perlawanan berlangsung lebih 20 minit.



Penyokong Selangor Red Giants mempamerkan banner yang bertulis "No Surrender (Pantang Mengalah)".


Biarpun tewas di tangan Selangor Red Giants, TODAK boleh menarik nafas lega dengan mendapatkan kemenangan pertama mereka, iaitu kemenangan 2-1 ke atas RSG Malaysia. Namun, mereka perlu menghadapi Minggu Ketiga dengan lebih banyak persiapan, kerana hanya memenangi perlawanan ke atas RSG Malaysia setakat ini selepas menggantikan kepada tiga pemain dari bangku simpanan - Muhammad Danial "Cikugais" Mohamad Fuad, Tan "Yanlord" Yan Onn, dan Muhammad Zaed Hakimi "Zahyed" bin Zaharan. Ketiga-tiga atlet bermain untuk TODAK dengan kekalahan 0-2 di tangan Selangor Red Giants. TODAK mempunyai barisan pemain paling ramai pada Musim Ke-14 dengan 10 pemain berdaftar.



Zahyed dari TODAK (kiri) dan Cikugais (kanan) bertukar 'high fives' melewati Moon (tengah) selepas kemenangan penting ke atas RSG Malaysia.


RED Esports mempamerkan barisan pemain hebat mereka untuk pertama kalinya pada musim ini, dengan Lee "Owl" Howard Gonzales, Muhammad Amirul "Kyym" Bin Aruah, dan Adam Alhakim "Grace" Bin Mohamad Ali membuat kemunculan pertama mereka untuk memenangi perlawanan pertama musim ini - kemenangan bersih   2-0 ke atas Team Rey. Namun, kekelahan 0-2 di tangan Monster Vicious menjadi bukti yang mereka perlu lebih masa untuk mencari keserasian yang baik.

 

Sementara itu, Monster Vicious kini memperoleh rentak yang dicari-cari selepas memenangi kedua-dua perlawanan mereka di musim ini setakat ini, hanya satu perlawanan kurang dari pendahulu liga. Pasukan dengan gelaran kuda hitam (dark horse) ini bermain dengan penuh cemerlang dan bersemangat bagi membuktikan pada Hari Malaysia - yang negara kita mempunyai bakat tempatan yang cukup gah untuk mencabar gelaran juara liga.



Senyuman terukir.. Monster Vicious sambut kemenangan dengan penuh kegembiraan hasil kemenangan 2-0 ke atas RED Esports.


Previu Minggu Ketiga: Momentum diperlukan menuju ke pertengahan musim

Selangor Red Giants akan mencabar RED Esports pada Hari 1 pada 5:45 PM GMT+8. Gergasi Merah ini bakal mengunci kemenangan keempat berterusan tapi mereka perlu menghadapi "Owl" dan Stephen "Sensui" Jasper R. Castillo, yang 'terbang' jauh dari Blacklist International, salah satu pasukan MLBB yang cukup dikenali ramai.

 

Perlawanan tumpuan Seru Saturday akan menyaksikan TODAK dan Team HAQ, bermula dari 12:30 PM GMT+8. Kedua-dua pasukan pada kedudukan mata yang sama yang mana pemenang akan meraih pujian dan kedudukan ranking lebih baik. Penyokong pastinya tertarik untuk melihat pemain mana yang TODAK akan mainkan dalam perlawanan ini.

 

Pendatang baharu liga, Team Vamos, akan mencabar TODAK pada Hari 3 pada jam 3:00 PM GMT+8. Disokong oleh pencipta kandungan yang paling ramai pengikut dan bekas atlet MPL Malaysia, Faris "Soloz" Zakaria, Team Vamos mempunyai misi untuk membenamkan TODAK; pasukan yang dulunya penuh dengan pencapaian ini kini mengalami kemerosotan sejak Musim Ke-11, dan mereka akan berusaha untuk membuktikan bahawa pemain veteran masih mampu menentang lawan baru mereka.


Sila lihat di bawah untuk jadual penuh Minggu Ketiga: 


Hotlink sebagai Penyampai Malaysia, bersedia mengoptimumkan sepenuhnya rangkaian liga untuk memberikan pengalaman permainan terbaik untuk MLBB. Manfaatkan rangkaian 5G Hotlink untuk mendapatkan kependaman rangkaian tiada tandingannya dan alami pengalaman permainan yang lebih baik.

 

Musim ke-14 dianjurkan bersama oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan MOONTON Games. ASUS Republic of Gamers (ROG) dan JD Sports adalah Penaja Rasmi liga, dan Head & Shoulders adalah Rakan Esukan. Liga ini juga mempunyai Rakan Strategik TNTCO, dan Majlis Bandaraya Subang Jaya, MBSJ.

 

Muat turun kit media MPL Malaysia Musim Ke-14 di sini. Maklumat penting termasuk logo, roster pemain, dan gambar perlawanan boleh dimuat turun di sini.

 

Jika anda belum berbuat demikian, sila mohon akreditasi media untuk MPL Malaysia Musim Ke-14 dan kami akan menyediakan pas media kepada anda: https://moonton.feishu.cn/share/base/form/shrcnXjNeCucsKj8F4tUiGKRHXd

 

Untuk perkembangan terkini dan berita mengenai MPL Malaysia, sila 'like' dan ikuti saluran media sosial di bawah:

###

 

Mengenai Mobile Legends: Bang Bang

Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) mudah alih yang paling popular di seluruh dunia yang membawakan pelbagai komuniti melalui kerjasama dan strategi. Dengan lebih daripada 1.465 bilion pemasangan dan 110 juta pengguna aktif bulanan, permainan yang memenangi pelbagai anugerah ini merupakan antara 10 permainan yang paling banyak dimainkan di lebih daripada 80 negara. Dengan capaian yang meluas di seluruh rantau Asia Pasifik, permainan pelbagai pemain ini tersedia di 139 negara dengan keberadaan di pentas esukan antarabangsa.

 

Mengenai E-Sukan Mobile Legends: Bang Bang

Dilancarkan pada 2017, Mobile Legends: Bang Bang Esports adalah sebuah platform kepada pemain untuk mencapai cita-cita mereka untuk menjadi atlet esukan atau untuk mencari peluang di dalam ekosistem esukan antarabangsa. MLBB Esports kini telah berkembang kepada beberapa liga, termasuklah siri MPL di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Amerika Latin.

 

Mengenai MOONTON Games

Ditubuhkan pada 2014, MOONTON Games adalah syarikat penerbitan permainan video yang fokus kepada pembangunan permainan, penerbitan dan esukan. Dengan lebih 1500 pekerja di serata dunia, MOONTON beroperasi di Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika Latin, Hong Kong dan China. Ia telah berjaya melancarkan beberapa judul permainan telefon berprofil tinggi dan telah membina hubungan jangkamasa panjang bersama-sama kerajaan dan organisasi esukan di lebih 30 negara serata dunia. Mobile Legends: Bang Bang adalah judul permainan terbesar, dan kini mendahului genre multiplayer online battle arena (MOBA) mudah alih di dunia. Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan utama mereka dan merupakan permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) mudah alih yang terkemuka di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://en.moonton.com.

 

Untuk pertanyaan media atau permintaan temubual, sila hubungi:

Marcus Lim

Pengurus PR Serantau di MOONTON Games

Telefon Bimbit: +65 9069 2651

Emel: marcuslim@moonton.com