[BM] Selangor Red Giants dan Team Vamos berentap untuk gelaran Raja Liga di Regular Season Minggu Keempat: Minggu Diraja MPL Malaysia!
23 September 2024 | 607 View

Takhta Regular Season ini hanya boleh diisi oleh satu pasukan yang layak sahaja.

 


Semua mata tertumpu kepada Sekys, Jungler Selangor Red Giants apabila penyandang juara itu berentap dengan Team Vamos pada Sabtu ini.

 

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 23 September – Selangor Red Giants dan Team Vamos akan beradu tenaga untuk menjadi raja liga di Regular Season Minggu Keempat yang juga dikenali sebagai Minggu Diraja di MPL Malaysia Musim Ke-14. Kedua-dua pasukan ini kini di ranking teratas sewaktu di pertengahan Regular Season sejurus kemenangan mereka di minggu ketiga sebelum ini. Akan tetapi, kekosongan takhta ini boleh diisi oleh hanya satu pasukan yang layak di mana pemenang akan merebut kedudukan sebagai pendahulu liga.

 

Pada pengakhiran Minggu Ketiga Regular Season, Selangor Red Giants mendahului carta ranking dengan 11 mata, diikuti oleh Team Vamos dengan 10 mata dan Monster Vicious (8 mata).

 

Sila lihat rajah di bawah untuk kedudukan kumpulan di Minggu Ketiga, Regular Season:

 


 

Rangkuman Minggu Ketiga: Pendahulu liga ambil peluang dengan perubahan skor di kedudukan tengah

Minggu Ketiga Regular Season Musim Ke-14 menyaksikan pendahulu liga mengambil peluang di atas perubahan skor di kedudukan tengah pada ranking untuk meletakkan diri mereka di tangga teratas. Selangor Red Giants, Team Vamos, dan Monster Vicious memenangi perlawanan ke atas RED Esports, TODAK, dan Team Rey masing-masing untuk mengekalkan kedudukan mereka menjelang minggu keempat yang akan tiba.

 

Selangor Red Giants membuktikan mereka adalah pasukan terkuat MLBB di Esports World Cup di Riyadh selepas menewaskan RED Esports dengan kemenangan bersih pada hari pertama. Juara Mid Season Cup (MSC) 2024 itu membaham RED Esports dalam perlawanan berterusan, dengan Jungler, Muhammad Haqqullah "Sekys" bin Ahmad Shahrul Zaman berjaya muncul sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) pada perlawanan itu. Sekys meneruskan dominasi dalam meta assassin terkini, berjaya mendapatkan sembilan mata bunuh, tiada kematian dan 15 mata bantuan (assists) dalam dua perlawanan sebagai Nolan.

 

Team Vamos berkongsi rentak dengan Selangor Red Giants selepas menjatuhkan juara MPL Malaysia sebanyak tiga kali, TODAK, 2-1 dalam perlawanan sengit yang sebenarnya boleh memihak kepada mana-mana pasukan. Peminat disajikan dengan satu persembahan ikonik yang sekian lama menjadi tagline TODAK; walaupun mempunyai roster dengan jumlah pemain paling ramai di liga, akhirnya pasukan dengan banyak pencapaian di MPL ini kembali dengan membariskan kesemua pemain Malaysia dan menunjukkan gaya permainan TODAK Langgar, dikenali melalui strategi yang tidak berstruktur dan gaya permainan merempuh pemain-pemain lain. Namun, Team Vamos tidak diam berputih mata, jika dinilai dari segi gaya permainan dan sejarah - pasukan ini  dimiliki bersama oleh bekas pemain MPL Malaysia, Faris "Soloz"  Zakaria", yang bersara pada 2019 dan kemudian meneruskan karier sebagai pencipta kandungan paling ramai pengikut di Malaysia. Detik mendebarkan pada Game 3 disaksikan apabila Jungler Team Vamos, Muhammad Nazhan "Chibi" bin Mohd Nor, mencuri Elemental Lord pada minit ke-13 sekali gus membuatkan penonton melaungkan sorakan di segenap MPL MY Arena. Dengan Lord yang terus menggasak di laluan bawah, Kenneth "Nets" Barro pula meraih dua kali "Double Kills" yang seterusnya meruntuhkan benteng pertahanan Todak dan dia berjaya mendapatkan MVP pada perlawanan itu.

 


Nets (paling kiri) menyambut kemenangan Team Vamos ke atas Todak dengan laungan semangat.

 

Sementara RED Esports, TODAK, dan Team Rey yang tewas di tangan pasukan terhebat di liga pada Minggu Ketiga, setiap daripada mereka berjaya mencuri satu mata dalam perlawanan dimainkan pada minggu lalu untuk mengisi kedudukan tengah dalam ranking. 

 

Kemenangan paling bermakna apabila RED Esports berjaya melakukan 'upset' yang tidak disangka-sangka terhadap JP NINERS pada Hari Ketiga, yang berjaya meletakkan mereka di tempat keenam ranking. Pertarungan ini adalah satu pertemuan semula (reunion) untuk Muhammad Firdaus "Aush" Bin Shahrol yang sebelum ini bersama JP Niners pada musim lalu. Jurulatih taktikal RED Esports itu menunjukkan 'siapa lebih hebat' kepada bekas pasukannya dengan membawa skuad RED Esports menghukum JP NINERS apabila mereka bermain terlampau agresif. Pemenang pingat emas di Sukan SEA ke-31, Lee "Owl" Howard Gonzales, juga memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi Aush. Gaya permainan makro yang hebat ditunjukkan pemain Filipina ini menerusi penggunaan Beatrix (Game 1) dan Bruno (Game 2) seterusnya berjaya menobatkannya sebagai MVP pada perlawanan itu.