[BM] Perlawanan Playoffs bakal tiba! Johor semakin menghampiri, MPL Malaysia kini memasuki minggu terakhir!
7 October 2024 | 588 View


Enam pasukan berjaya kunci slot di Playoffs pada Minggu Kelima, perlawanan 'relegation' bakal menghangatkan suasana

 



Kedudukan kumpulan MPL Malaysia Musim Ke-14 selepas minggu kelima Regular Season.

 

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 7 Oktober Enam pasukan teratas Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) berjaya mengunci slot mereka di Playoffs Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia Musim Ke-14 yang akan diadakan di Johor dari 31 Oktober hingga 3 November ini. Hanya berbaki seminggu lagi Regular Season untuk dimainkan dan kehangatan kian terasa apabila ia menentukan pasukan mana akan mendapat kelebihan di bracket Playoffs dengan mendaki ranking di Regular Season dan juga perlawanan sengit untuk turun dari liga (relegation) akan disaksikan.

 

Pada pengakhiran Minggu Kelima, Selangor Red Giants kekal gah di tangga teratas dengan 20 mata, diikuti Team Vamos dan RED Esports masing-masing meraih 14 mata.

 

Rangkuman Minggu Kelima: Enam pasukan sertai Playoffs Musim Ke-14 x Southern Festival

Minggu Kelima menyaksikan keputusan yang dinantikan sekian lama, di mana enam pasukan terawal mengunci slot ke Playoffs - mereka adalah Selangor Red Giants, Team Vamos, RED Esports, Monster Vicious, JP NINERS dan TODAK yang akan memulakan cabaran seterusnya di Johor tidak lama lagi dalam bulan ini. Di sana, mereka akan merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$100,000 dan dua slot ke Kejuaraan Dunia M6, sebuah kejohanan antarabangsa berprestij MLBB yang akan dihoskan di Malaysia tahun ini.

 

Semua mata pastinya tertumpu kepada Team Vamos selepas kekalahan berdepan Selangor Red Giants pada Minggu Keempat. Pasukan pilihan ini sebelum ini di zon selesa dengan lima kemenangan berturut-turut sebelum tersungkur di tangan pasukan pendahulu liga dan mereka dijangka boleh mendapat kembali momentum dengan memenangi perlawanan ke atas Monster Vicious. Namun, sangkaan itu ternyata meleset selepas pasukan dengan keseluruhan pemain tempatan itu ataupun pasukan digelar kuda hitam ini berjaya menunjukkan siapa lebih hebat kepada Team Vamos dengan kemenangan 2-1 pada perlawanan pembukaan Minggu Kelima sekali gus menamatkan kekalahan berturut-turut sebelum ini di tangan Homebois dan RSG MY, dua calon yang akan ke pusingan relegation.

 

Monster Vicious mengunci slot di Playoffs selepas mencuri satu mata dalam kekalahan 1-2 ke atas Team HAQ pada perlawanan terakhir Minggu Kelima. Walaupun mereka boleh menarik nafas lega menuju ke Playoffs, namun langit tidak selalu cerah dan prestasi mereka yang kurang konsisten menyebabkan mereka tewas menentang tiga pasukan di kedudukan tercorot dalam liga meskipun memenangi perlawanan penting ke atas pasukan yang digeruni, TODAK, RED Esports dan Team Vamos.

 



SENYUMAN KEPUASAN! Pemain Monster Vicious, Ammar Asyraf "Martzyyyy" bin Abdul Rahman meraikan kemenangan selepas berjaya tewaskan Team Vamos 2-1 sekali gus dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) dengan kemahirannya menggunakan hero Aurora.

 

Kemenangan mengejutkan Team HAQ ke atas Monster Vicious memberikan sedikit ruang untuk mereka bernafas dengan hanya satu mata yang membezakan juara Musim Ke-10 ini dengan RSG MY. Juara Musim Ketujuh itu hanya berjaya mendapatkan satu mata selepas tersungkur di tangan RED Esports dengan skor 1-2. Bersama Homebois yang juga juara Musim Ke-12 di kedudukan tiga terbawah, sememangnya akan menjadi satu realiti untuk salah satu dari tiga juara MPL Malaysia ini untuk tersingkir pada musim ini.

 

Selain kemenangan ke atas RSG MY, RED Esports juga berjaya dapatkan kemenangan 2-0 ke atas Homebois untuk mendaki ranking liga, kini di tempat ketiga. Mereka salah satu pasukan yang konsisten dengan menunjukkan taring di minggu kedua; membariskan pemain-pemain utama yang hebat untuk meraih mata penting. Duo Filipina mereka, Gold Laner Lee "Owl" Gonzales dan Jungler Stephen "Sensui" Castillo dari Blacklist menunjukkan prestasi memberangsangkan di mana Owl berjaya mendapatkan gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam perlawanan ke atas Homebois.

 

Selangor Red Giants pula menundukkan JP NINERS 2-0 dengan mengunci pergerakan pemain Jungler, Maxwell "Maxx" Alessandro, dalam kedua-dua permainan. Exp Laner gergasi merah, Mark "Kramm" Rusiana memainkan peranan penting melaksanakan strategi ini, mengganggu dan menggasak Maxx sebagai hero Gloo dan kemudian sebagai Khaleed sekali gus menghadkan impak pemain bintang dari Indonesia itu dari bersinar. Kramm mencatatkan 7 mata bunuh, dua kematian dan 11 assists sekali gus dinamakan sebagai MVP perlawanan itu.

 



KRAMM tersenyum lebar selepas bergelar MVP dalam perlawanan ke atas JP NINERS.

 

Minggu Keenam: Debaran kian terasa, apa pun boleh terjadi

Minggu terakhir Regular Season ini akan melibatkan dua kumpulan dengan sasaran berbeza. Enam pasukan sudah pun layak ke Playoffs Musim Ke-14 x Southern Festival. Pencabar Playoffs – Selangor Red Giants, Team Vamos, RED Esports, Monster Vicious, JP NINERS, dan TODAK – mereka akan memainkan peranan penting yang bakal membentuk bracket di Playoffs nanti. Sementara itu, Pertarungan 'Relegation' – Team Rey, Homebois, Team HAQ, dan RSG MY – bertarung berhabis-habisan untuk kekal di dalam liga pada musim depan. Pasukan tercorot (ke-10) sah akan melalui pusingan relegation manakala pasukan di kedudukan kesembilan akan melawan pasukan kedua dari Challengers Conference bagi Liga Akademi MLBB Malaysia (MAL MY) dan pemenang akan mengunci slot di MPL Malaysia Musim Ke-15.

 

Kedudukan dua teratas akan menjadi buruan bagi Pencabar Playoffs yang mana ia membolehkan kedua-dua pasukan untuk melangkau satu perlawanan iaitu pusingan suku akhir Upper Bracket. Tapi hanya satu slot lagi yang tinggal kerana ia sudah diisi oleh Selangor Red Giants yang mendominasi tanpa kekalahan. Team Vamos menjadi pasukan pilihan untuk mengakhiri musim liga di kedudukan kedua; mereka sudah pun di tempat kedua dan mempunyai kelebihan satu perlawanan berbanding RED Esports yang berada di tempat ketiga. Mereka juga akan bermain perlawanan yang dijangka boleh menang ke atas RSG MY pada jam 5:45 PM GMT+8 pada 11 Oktober, diikuti Team Rey pada jam 12:30 PM GMT+8 pada 13 Oktober. Bagaimanapun, pasukan yang penuh dengan momentum ini perlu mempamerkan kekuatan mental luar biasa ke atas RSG MY selepas tewas dua kali berturut-turut sebelum ini dalam perlawanan lain. Kejayaan mereka akan ditentukan dengan sejauh mana mereka mendahagakan posisi dua teratas itu.

 

RED Esports akan memastikan Team Vamos tidak mampu menarik nafas lega dengan keinginan mereka untuk memenangi perlawanan ke atas TODAK pada 12 Oktober, jam 12:30 PM GMT+8, di mana TODAK juga ingin mendapatkan posisi lebih baik di kedudukan kumpulan.

 

Pertembungan antara juara-juara yang kini tersungkur, Homebois dan RSG MY akan dimainkan seterusnya pada jam 5:00 PM GMT+8, di mana ancaman relegation kian tiba untuk skuad yang kalah. RSG MY perlu memenangi sekurang-kurangnya satu game untuk menandingi Team HAQ (7 mata) dan untuk Team HAQ perlu tewas lawan Selangor Red Giants bagi memastikan RSG MY mempunyai kelebihan dari segi pengiraan agregat.

 

Hari Ketiga pada 13 Oktober akan menyaksikan Team HAQ berdepan final boss iaitu Selangor Red Giants dalam perlawanan penentuan ini pada jam 5:30 PM GMT+8. Apa saja mata yang diambil oleh Team HAQ akan menyebabkan kekecewaan besar namun mereka pastinya mengharapkan Selangor Red Giants tidak lagi kebal dan boleh dijatuhkan. Namun, ia bukanlah mudah kerana mereka bersaing dengan salah satu pasukan paling berdisiplin yang pastinya ingin mengulang kembali rekod pencapaian mereka di musim ke-13 dengan memenangi kesemua sembilan perlawanan di Regular Season.

 

Nota: Ketika Regular Season, pasukan akan dimerit mengikut bilangan mata diperoleh (2-0 = 3 mata; 2-1 = 2 mata; 1-2 = 1 mata; 0-2 = 0 mata). Jika sebilangan pasukan terikat dengan mata yang sama, ranking ini akan ditentukan mengikut bilangan perlawanan dimenangi (agregat), di mana pasukan diberikan satu mata untuk perlawanan dimenangi dan ditolak satu mata untuk perlawanan yang kalah. Kriteria tiebreaker seterusnya akan dikira menerusi rekod head-to-head. Jika sebilangan pasukan masih lagi berkongsi mata yang sama, satu perlawanan Best-of-One akan dimainkan.

 

Sila lihat di bawah untuk jadual Minggu Keenam:

 



 

Hotlink sebagai Penyampai Malaysia, bersedia mengoptimumkan sepenuhnya rangkaian liga untuk memberikan pengalaman permainan terbaik untuk MLBB. Manfaatkan rangkaian 5G Hotlink untuk mendapatkan kependaman rangkaian tiada tandingannya dan alami pengalaman permainan yang lebih baik.

 

Musim ke-14 dianjurkan bersama oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan MOONTON Games. ASUS Republic of Gamers (ROG) dan JD Sports adalah Penaja Rasmi liga, dan Head & Shoulders adalah Rakan Esukan. Liga ini juga mempunyai Rakan Strategik TNTCO, dan Majlis Bandaraya Subang Jaya, MBSJ.

 

Muat turun kit media MPL Malaysia Musim Ke-14 di sini. Maklumat penting termasuk logo, roster pemain, dan gambar perlawanan boleh dimuat turun di sini.

 

Jika anda belum berbuat demikian, sila mohon akreditasi media untuk MPL Malaysia Musim Ke-14 dan kami akan menyediakan pas media kepada anda: https://moonton.feishu.cn/share/base/form/shrcnXjNeCucsKj8F4tUiGKRHXd

 

Untuk perkembangan terkini dan berita mengenai MPL Malaysia, sila 'like' dan ikuti saluran media sosial di bawah:

 

###

 

Mengenai Mobile Legends: Bang Bang

Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) mudah alih yang paling popular di seluruh dunia yang membawakan pelbagai komuniti melalui kerjasama dan strategi. Dengan lebih daripada 1.465 bilion pemasangan dan 110 juta pengguna aktif bulanan, permainan yang memenangi pelbagai anugerah ini merupakan antara 10 permainan yang paling banyak dimainkan di lebih daripada 80 negara. Dengan capaian yang meluas di seluruh rantau Asia Pasifik, permainan pelbagai pemain ini tersedia di 139 negara dengan keberadaan di pentas esukan antarabangsa.

 

Mengenai E-Sukan Mobile Legends: Bang Bang

Dilancarkan pada 2017, Mobile Legends: Bang Bang Esports adalah sebuah platform kepada pemain untuk mencapai cita-cita mereka untuk menjadi atlet esukan atau untuk mencari peluang di dalam ekosistem esukan antarabangsa. MLBB Esports kini telah berkembang kepada beberapa liga, termasuklah siri MPL di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Amerika Latin.

 

Mengenai MOONTON Games

Ditubuhkan pada 2014, MOONTON Games adalah syarikat penerbitan permainan video yang fokus kepada pembangunan permainan, penerbitan dan esukan. Dengan lebih 1500 pekerja di serata dunia, MOONTON beroperasi di Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika Latin, Hong Kong dan China. Ia telah berjaya melancarkan beberapa judul permainan telefon berprofil tinggi dan telah membina hubungan jangkamasa panjang bersama-sama kerajaan dan organisasi esukan di lebih 30 negara serata dunia. Mobile Legends: Bang Bang adalah judul permainan terbesar, dan kini mendahului genre multiplayer online battle arena (MOBA) mudah alih di dunia. Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan utama mereka dan merupakan permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) mudah alih yang terkemuka di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://en.moonton.com.

 

Untuk pertanyaan media atau permintaan temubual, sila hubungi:

Marcus Lim

Pengurus PR Serantau di MOONTON Games

Telefon Bimbit: +65 9069 2651

Emel: marcuslim@moonton.com