- Mobile
Legends: Bang Bang Professional League (MPL) telah dijenamakan semula
sebagai MPL M6laysia untuk musim ke-14 – bagi menandakan musim yang
menjadi matlamat akhir sebelum Malaysia menjadi tuan rumah bagi Kejohanan
Dunia M6 MLBB.
- Persaingan
sengit menanti pada Musim ke-14, dengan kemunculan pasukan baru Team Vamos
– yang sudah menjadi salah satu pasukan pilihan semua peminat – sementara
RED Esports dan Team Rey (sebelum ini dikenali sebagai Barracuda Esports)
kembali beraksi di MPL M6laysia!
- Hotlink
kembali sebagai penaja rasmi, sementara Kumpulan Prasarana Rakyat Johor
Sdn Bhd (KPRJ) dan JD Sports melebarkan sayap di Land of Dawn.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 27 Ogos – MOONTON
Games, disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Esports Intergrated
(ESI), hari ini mengumumkan kembalinya Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)
Professional League Malaysia (MPL) untuk Musim ke-14 – musim terakhir sebelum
negara kita menyambut kedatangan pasukan-pasukan MLBB terbaik dari seluruh
dunia untuk Kejohanan Dunia M6. Tumpuan penuh bagi kejohanan antarabangsa yang
bakal mengukuhkan era baharu esukan MLBB Malaysia, liga esukan paling lama dan
popular di Malaysia akan dinamakan semula sebagai "MPL M6laysia"
sepanjang Musim Ke-14.
Fikri Rizal Mahruddin, Ketua Pemasaran dan
Pembangunan Perniagaan di MOONTON Games, berkata: "Pada bulan
lepas, Selangor Red Giants telah melakar sejarah apabila meraih kejuaraan
antarabangsa pertama Malaysia dalam kejohanan MLBB Mid Season Cup (MSC) di
Esports World Cup. Setelah hampir lima tahun, Malaysia tidak pernah mencapai
kejayaan sedemikian di pentas antarabangsa. Walaupun dengan pencapaian besar
ini, penghargaan terbesar dalam sejarah MLBB masih belum kita capai – gelaran
juara M Series. Kini, semua mata tertumpu kepada kita sebagai tuan rumah
Kejohanan Dunia M6, di mana kita mempunyai dua slot di Peringkat Utama.
Fikri menambah lagi:
"Musim ke-14 ini adalah peluang bagi pasukan-pasukan untuk layak ke pentas
kompetitif terbesar MLBB di hadapan peminat tempatan kita. Kali terakhir
pasukan-pasukan mempunyai peluang seperti ini adalah lima tahun yang lalu,
semasa Kejohanan Dunia M1! Disebabkan itu, liga ini akan dinamakan 'MPL
M6laysia' pada musim ini – sebagai peringatan berterusan mengenai kepentingan
musim ini dan cita-cita kita untuk membawa kegemilangan kepada Malaysia."
MPL M6laysia Season 14
akan menawarkan hadiah terkumpul sebanyak USD 100,000 (~MYR 437,000).
KPRJ dan JD Sports memasuki arena kompetitif
MLBB!
MOONTON Games telah
mengumumkan senarai penaja untuk MPL M6laysia Season 14. Hotlink, pembekal
telekomunikasi terkemuka di Malaysia, kembali untuk mempersembahkan MPL
M6laysia untuk mengoptimumkan rangkaian
liga dan memberikan pengalaman permainan terbaik. Komuniti esports boleh
menggunakan rangkaian 5G Hotlink untuk mendapatkan pengalaman bermain MLBB
dengan rangkaian yang tiada tandingan.
Kumpulan Prasarana Rakyat
Johor Sdn Bhd (KPRJ) akan menguasai MPL M6laysia Season 14, termasuklah dengan
membawa peringkat Playoff Musim Ke-14 ke Johor. Dinamakan sebagai
"Southern Festival", Playoff MPL M6laysia Season 14 merupakan kali
pertama liga ini dianjurkan di luar kawasan Lembah Klang dan akan menampilkan
program-program menarik yang bakal menggabungkan esukan dengan aktiviti gaya
hidup lain seperti muzik dan hiburan.
Selain itu, JD Sports telah memasuki Land of Dawn pada musim
ini. Sempena kempen "UP YOUR GAME", JD Sports menawarkan peminat
dengan hadiah eksklusif seperti In-game
Gift Card dan Diamond (mata wang
dalam permainan), produk JD Sports, serta rebat membeli-belah di JD Sports.
ASUS Republic of Gamer
(ROG) akan menjadi telefon kejohanan rasmi – digelar sebagai King of
Performance, ROG Phone 8 kini dengan reka bentuk baru dan mutu kamera yang
lebih baik.
Musim ini juga dibawakan
oleh rakan strategik rasmi liga – Head & Shoulders, TNTCO, and Majlis
Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).
Pasukan Baru, Persaingan Baru
Musim ke-14 akan
menyaksikan kemunculan pasukan baru Team Vamos, yang diasaskan oleh bekas atlet
profesional MPL Malaysia dan pencipta konten dengan tontonan terbanyak di
Malaysia, Mohd Faris "Soloz" bin Zakaria. Team Vamos mengumumkan
barisan pemain yang menarik dengan enam bekas pemain Homebois – Mohammad Zul
Hisham "Xorn" Bin Mohd Noor, Muhammad Nazhan "Chibi" Mohd
Nor, Muhammad Irfan "Sepat" bin Aujang, Kenneth "Nets"
Sablande Barro, Rizky "Warlord" Agustian, dan jurulatih Khairul
"Pabz" Sharif. Homebois merupakan juara MPL Malaysia Musim ke-12 dan
mendapatkan tempat kedua pada Musim 13, serta Top 8 di MSC 2024 di Arab Saudi dan telah membawa pulang hadiah USD
100,000.
RED Esports kembali ke MPL
Malaysia! Mereka tersingkir selepas menamatkan musim ke-12 di tempat ke-10,
tetapi kini kembali ke liga MLBB terkemuka Malaysia setelah menjuarai
Challanger Conference Season 1 MLBB Academy League (MAL MY). Mereka telah
memperkuatan pasukan, dan membawa masuk pemain Filipina berpengalaman, Stephen
"Sensui" Castillo dan Lee "Owl" Gonzales, dari Blacklist
International, organisasi esukan paling ramai pengikut di Filipina. Kedua-dua
pemain ini diharapkan dapat meningkatkan prestasi RED Esports dan buktikan
bahawa mereka di sini adalah untuk menjadi pencabar kejuaraan liga.
Akhir sekali, Barracuda
Esports kembali sebagai Team Rey, selepas penjenamaan semula. Setelah
menamatkan MPL Malaysia Musim Ke-13 di tempat ke-9, pemangsa lautan ini melakar
kemenangan 3-2 ke atas DXORIGINZ dalam perlawanan "Challenger vs Defender"
untuk mengekalkan slot mereka di MPL Malaysia. Sebelum ini, DXORIGINZ
mengakhiri Challanger Conference Season 1 MAL MY di tempat kedua, memberikan
mereka hak untuk mencabar tempat Ke-10 MPL MY, Barracuda Esports bagi merebut
slot terakhir MPL M6alaysia Season 14.
Jadual Regular Season MPL M6laysia Season 14
Peringkat Regular Season
MPL M6laysia Season 14 akan menampilkan 10 pasukan MLBB teratas dalam negara
yang akan bertanding setiap minggu dari 7 September hingga 13 Oktober.
Bertempat di MPL MY Arena, Stadium MBSJ Serdang Jaya, musim liga ini akan
menggunakan format single round robin, dimana setiap perlawanan
akan dimainkan dalam format Best-Of-Three (BO3).
Enam pasukan teratas dari
Regular Season akan mara ke Playoff, yang bakal diadakan dari 31 Oktober hingga
3 November. Semua perlawanan semasa di Playoff akan dimainkan mengikuti format
Best-Of-Five (BO5), kecuali untuk Grand Finals, BO7 pada 3 November.
Regular
Season (7
September ke 13 Oktober) |
Playoffs
(31
Oktober ke 3 November) |
|
|
Muat turun kit media MPL
M6laysia Season 14 disini.
Untuk
maklumat terkini tentang MPL Malaysia, sila ikuti media sosial berikut:
###
Mengenai Mobile Legends:
Bang Bang
Mobile Legends: Bang Bang
adalah permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) mudah alih yang paling
popular di seluruh dunia yang membawakan pelbagai komuniti melalui kerjasama
dan strategi. Dengan lebih daripada 1.465 bilion pemasangan dan 110 juta
pengguna aktif bulanan, permainan yang memenangi pelbagai anugerah ini
merupakan antara 10 permainan yang paling banyak dimainkan di lebih daripada 80
negara. Dengan capaian yang meluas di seluruh rantau Asia Pasifik, permainan
pelbagai pemain ini tersedia di 139 negara dengan keberadaan di pentas esukan
antarabangsa.
Mengenai E-Sukan Mobile Legends: Bang Bang
Dilancarkan pada 2017,
Mobile Legends: Bang Bang Esports adalah sebuah platform kepada pemain untuk
mencapai cita-cita mereka untuk menjadi atlet esukan atau untuk mencari peluang
di dalam ekosistem esukan antarabangsa. MLBB Esports kini telah berkembang
kepada beberapa liga, termasuklah siri MPL di Asia Tenggara, Timur Tengah dan
Amerika Latin.
Mengenai MOONTON Games
Ditubuhkan pada 2014,
MOONTON Games adalah syarikat penerbitan permainan video yang fokus kepada
pembangunan permainan, penerbitan dan esukan. Dengan lebih 1500 pekerja di
serata dunia, MOONTON beroperasi di Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina,
Amerika Latin, Hong Kong dan Cina. Ia telah berjaya melancarkan beberapa judul
permainan telefon berprofil tinggi dan telah membina hubungan jangkamasa
panjang Bersama-sama kerajaan dan organisasi esukan di lebih 30 negara serata
dunia. Mobile Legends: Bang Bang adalah judul permainan terbesar, dan kini
mendahului genre multiplayer online
battle arena (MOBA) mudah alih di dunia. Mobile Legends: Bang Bang adalah
permainan utama mereka dan merupakan permainan Multiplayer Online Battle Arena
(MOBA) mudah alih yang terkemuka di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut,
kunjungi https://en.moonton.com.
Untuk pertanyaan media
atau permintaan temubual, sila hubungi:
Marcus Lim
Pengurus PR Regional di
MOONTON Games
Telefon Bimbit: +65 9069
2651
Emel:
marcuslim@moonton.com