MLBB Academy League
Malaysia (MAL MY) Memperbaharui Format untuk Musim ke-2 bagi Memperkukuhkan
Bakat Esukan Negara
- Mobile
Legends: Bang Bang (MLBB) Academy League Malaysia (MAL MY) oleh MOONTON
Games dan IO Esports kini kembali pada 2 September, selepas musim pertama
berakhir dengan jayanya.
- Format
yang baharu pada musim ini akan membahagikan Regular Season kepada dua
peringkat – untuk meningkatkan tahap persaingan dalam liga ini dan memberi
lebih banyak peluang kepada pasukan-pasukan yang berjaya menduduki tempat
teratas daripada Affiliate
Conference dan Challenger
Conference untuk mempertingkatkan kemahiran mereka.
- Yang
menjadi taruhan adalah kelayakkan ke MLBB Professional League (MPL)
Malaysia, yang merupakan liga tertinggi dalam Malaysia.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 30 Ogos – Mobile
Legends: Bang Bang (MLBB) Academy League Malaysia (MAL MY) akan kembali minggu
hadapan untuk Musim ke-2 selepas menamatkan musim pertama yang bersejarah!
Dianjurkan oleh MOONTON Games dan IO Esports, musim baru liga pembangunan MLBB
ini telah memperbaharui formatnya untuk meningkatkan tahap persaingan di dalam
liga ini dan memperkukuhkan perkembangan bakat esukan di Malaysia.
Dilancarkan pada Januari
tahun ini, MAL MY berfungsi sebagai penghubung antara pemain-pemain di
peringkat akar umbi dan pemain-pemain esukan peringkat kebangsaan di Malaysia.
Ia menyatukan kejohanan-kejohanan pihak ketiga terkemuka negara dengan menjemput
pemenang dari kejohanan-kejohanan ini dan bersaing untuk naik ke pentas
persaingan terbesar di Malaysia – MLBB Profesional League (MPL) Malaysia. MAL
MY bertujuan membina saluran bakat esukan di negara ini dengan menyediakan
laluan yang lebih jelas dan teratur bagi pemain muda untuk memasuki dunia
esukan profesional, dan mempersiapkan Malaysia untuk menjadi tuan rumah kepada
kejohanan dunia MLBB, M6.
Format Baharu: Semua Yang Anda Perlu Tahu
Sama seperti musim pertama
MAL MY, musim ke-2 akan terdiri daripada dua conference yang berasingan – Challenger
Conference, yang terdiri daripada enam pasukan teratas MAL MY Musim pertama
dan dua pasukan dari Open Qualifiers;
dan Affiliate Conference, yang
menampilkan pasukan junior dari Musim ke-14 MPL Malaysia. Kedua-dua conference akan mempunyai lapan pasukan
dalam musim ke-2, yang berjumlah keseluruhan 16 pasukan.
Regular Season musim ke-2 telah
diperbaharui dan akan berlangsung dalam dua peringkat, dengan peringkat pertama
dijadualkan dari 2 hingga 24 September dan peringkat kedua dari 25 September
hingga 10 Oktober. Peringkat pertama akan menyaksikan pasukan bermain perlawanan
Best Of Two (BO2), single round robin bagi setiap conference. Enam pasukan teratas dari
setiap conference akan mara ke
peringkat kedua, iaitu peringkat cross-conference
dalam pertandingan ini. Setiap pasukan akan bermain menentang enam pasukan dari
conference yang lain, selepas itu
empat pasukan yang menduduki tempat tertinggi dari setiap conference akan layak ke Peringkat Akhir. Peringkat Akhir akan
berlangsung dari 24 hingga 27 Oktober (rujuk Lampiran A untuk Factsheet Musim ke-2 MAL MY dan Lampiran
B untuk Jadual Regular Season Musim
ke-2 MAL MY).
Pasukan yang menduduki
tempat pertama dalam Challenger Conference selepas peringkat kedua Regular Season akan layak ke MPL
Malaysia Season 15. Pasukan yang menduduki tempat kedua dalam Challenger Conference selepas peringkat
kedua akan berhadapan dengan pasukan yang menduduki tempat ke-9 dalam MPL
Malaysia Season 14 dalam perlawanan "Challenger
vs Defender" – pasukan yang menang akan menerima slot dalam MPL
Malaysia Season 15.
Pasukan-pasukan dalam MAL
MY akan bersaing untuk merebut jumlah hadiah terkumpul sebanyak ~MYR 86,960
(USD 20,000).
Devin Chan, Pengurus Esukan di MOONTON Games, berkata:
"Musim pertama MAL MY telah melebihi jangkaan kami dan mencetuskan
kebangkitan dalam arena esukan daripada akar umbi di Malaysia. Namun, kami
tidak berpuas hati dengan kejayaan itu; kami telah mengambil pengajaran dan
pengalaman berharga dari musim pertama dan akan berusaha untuk memperbaiki MAL
MY daripada semua aspek untuk musim ke-2, daripada format liga, produksi,
sehinggalah ke pemasaran. Kami komited untuk membangunkan saluran bakat esukan
Malaysia dan teruja untuk membawa pengalaman yang lebih baik kepada atlet dan
peminat kami pada musim kedua ini."
Musim ke-2 MAL MY
menandakan kembalinya Hotlink sebagai penaja rasmi. Hotlink, pembekal
telekomunikasi terkemuka di Malaysia, kembali untuk mempersembahkan MAL MY
untuk mengoptimumkan rangkaian liga dan
memberikan pengalaman permainan terbaik. Liga ini juga membawa kembali rakan
strategik, Infinix. Infinix menyokong golongan belia melalui GT Series, yang menawarkan produk
berteknologi tinggi yang inovatif dan mampu milik, serta meningkatkan permainan
mudah alih dengan ciri-ciri yang hebat dan reka bentuk futuristik untuk
mewujudkan suasana permainan profesional.
Untuk maklumat terkini
tentang MAL MY, sila ikuti media sosial rasmi
di Facebook, TikTok, Instagram, dan YouTube. Untuk maklumat lanjur, sila layari laman sesawang rasmi.
Mengenai Mobile Legends: Bang Bang
Mobile Legends: Bang Bang
adalah permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) mudah alih yang paling
popular di seluruh dunia yang membawakan pelbagai komuniti melalui kerjasama
dan strategi. Dengan lebih daripada 1.465 bilion pemasangan dan 110 juta
pengguna aktif bulanan, permainan yang memenangi pelbagai anugerah ini
merupakan antara 10 permainan yang paling banyak dimainkan di lebih daripada 80
negara. Dengan capaian yang meluas di seluruh rantau Asia Pasifik, permainan
pelbagai pemain ini tersedia di 139 negara dengan keberadaan di pentas esukan
antarabangsa.
Mengenai E-Sukan Mobile Legends: Bang Bang
Dilancarkan pada 2017,
Mobile Legends: Bang Bang Esports adalah sebuah platform kepada pemain untuk
mencapai cita-cita mereka untuk menjadi atlet esukan atau untuk mencari peluang
di dalam ekosistem esukan antarabangsa. MLBB Esports kini telah berkembang
kepada beberapa liga, termasuklah siri MPL di Asia Tenggara, Timur Tengah dan
Amerika Latin.
Mengenai MOONTON Games
Ditubuhkan pada 2014,
MOONTON Games adalah syarikat penerbitan permainan video yang fokus kepada
pembangunan permainan, penerbitan dan esukan. Dengan lebih 1500 pekerja di
serata dunia, MOONTON beroperasi di Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina,
Amerika Latin, Hong Kong dan Cina. Ia telah berjaya melancarkan beberapa judul
permainan telefon berprofil tinggi dan telah membina hubungan jangkamasa
panjang Bersama-sama kerajaan dan organisasi esukan di lebih 30 negara serata
dunia. Mobile Legends: Bang Bang adalah judul permainan terbesar, dan kini
mendahului genre multiplayer online
battle arena (MOBA) mudah alih di dunia. Mobile Legends: Bang Bang adalah
permainan utama mereka dan merupakan permainan Multiplayer Online Battle Arena
(MOBA) mudah alih yang terkemuka di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut,
kunjungi https://en.moonton.com.
Untuk pertanyaan media
atau permintaan temubual, sila hubungi:
Marcus Lim
Pengurus PR Regional di
MOONTON Games
Telefon Bimbit: +65 9069
2651
Emel: marcuslim@moonton.com
Lampiran A:
MAL MY Season 2 Factsheet
Mengenai MAL MY
Mobile Legends: Bang Bang
Academy League Malaysia (MAL MY) dipersembahkan oleh MOONTON Games dan IO
ESPORTS, serta disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Esports
Integrated (ESI). Ia berfungsi sebagai satu liga peringkat pembangunan dalam
sistem liga esukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Malaysia – selepas MLBB
Professional League (MPL) Malaysia – dan bertujuan untuk membina saluran bakat
esukan di negara ini dengan mempersiapkan pemain muda dan berbakat dengan
laluan yang berstruktur dan kompetitif untuk memasuki dunia esukan profesional.
MAL MY adalah inisiatif
terbaru MOONTON Games untuk meningkatkan saluran bakat esukan. Ia merupakan
liga pembangunan ketiga penerbit ini yang mengikuti pelancaran MLBB Development
League (MDL) Filipina pada tahun 2023 dan MDL Indonesia pada tahun 2020. Musim
ke-2 menawarkan jumlah hadiah sebanyak ~MYR 86,960 (USD 20,000).
Pasukan yang menyertai: Challenger Conference
Nama
Pasukan |
Kelayakan |
XiaoDi |
|
GamesMY
Ace |
|
Young
& Dangerous (DXORIGINZ in Season 1) |
|
Miracle
Gaming |
|
Pixel
Esports |
|
Kelantan |
|
Kids Of
Chaos (Vampire x Reaperz in Season 1) |
|
Bountee
Fox Jr.
|
|
Pasukan yang menyertai: Affiliate Conference
Pasukan MAL MY |
Pasukan MPL Malaysia |
HOMEBOIS
SYNDICATE |
HomeBois |
THQ
SAIYAN |
Team
HAQ |
TODAK
Legion |
TODAK |
RSG
SYNERGY |
RSG
Malaysia |
JP
NINERS |
NINERS |
Team
Rey.Y |
Team
Rey |
MV
Moonchild |
Monster
Vicious |
RED
ALPHA |
RED
Esports |
Appendix B:
MAL MY Season 2 Jadual Regular Season
HD: https://drive.google.com/drive/folders/1g0afot-wR_NnYXPvb0ETFkw2870NNQIE
|
|
|
|
|