[BM] MPL Malaysia bersolidariti bersama-sama pemain bola sepak kebangsaan, tamatnya Regular Season Musim Ke-13
14 May 2024
  • Liga esukan yang paling lama berlangsung di Malaysia mengeluarkan kenyataan menzahirkan sokongan kepada para atlet yang ditimpa musibah.
  • Selangor Red Giants mencipta rekod baharu Regular Season dengan rekod tanpa kalah dan mendapat 27 mata maksimum.
  • Bountee Esports menjadi pasukan pertama yang diturunkan ke Liga Akademi Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MAL MY).

 


Selangor Red Giants di atas pentas MPL Malaysia memberikan solidariti menentang keganasan dan memberikan sokongan kepada Faisal "Miki" Halim.

 

KUALA LUMPUR, 13 Mei Minggu penutup peringkat Regular Season Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia Musim Ke-13 diakhiri dengan solidariti dari komuniti esports sebagai tanda sokongan kepada pemain bola sepak negara yang ditimpa musibah baru-baru ini. Ini berlangsung semasa perlawanan di antara Selangor Red Giants dan NINERS pada 12 Mei, dengan penampilan kain rentang, bendera fan nyanyian sokongan daripada kedua-dua kumpulan Ultras para pasukan. Pada minggu lalu, Kelab Bola Sepak Selangor Red Giants melancarkan kempen solidariti "Bersama Faisal Halim. Hentikan Keganasan!" susulan daripada serangan penyimbahan asid ke atas pemain Malaysia tersebut.

 


Pemain Selangor Red Giants, Ilman "Gojes" Zulkifli, memimpin bacaan doa cepat sembuh untuk Faisal Halim (4:51:38).

 

MPL Malaysia juga mengeluarkan kenyataan sokongan kepada para atlet yang terlibat untuk cepat sembuh. Fikri Rizal Mahruddin, Ketua Pemasaran & Pembangunan Perniagaan di MOONTON Games, berkata: "Serangan baru-baru ini terhadap pemain bola sepak kebangsaan kita adalah sangat mengejutkan dan menyedihkan kita semua. Kita bersama-sama menyokong rakan atlet profesional kita dalam hal ini dan juga mengambil langkah berjaga-jaga yang lebih ketat untuk menjamin kesejahteraan dan keselamatan semua. Liga berharap untuk Faisal "Miki" Halim dan Akhyar Rashid agar cepat sembuh."

 


Peminat MPL Malaysia menyatakan sokongan mereka kepada Faisal Halim sebelum perlawanan di antara Selangor Red Giants and NINERS pada Minggu 6, Hari 2.

Minggu 6: Selangor Red Giants mencatatkan rekod tanpa kalah, Bountee Esports diturunkan liga

 

Minggu terakhir Regular Season Musim ke-13 menyaksikan kegembiraan dan kesedihan di penghujung jadual. Pendahulu liga, Selangor Red Giants, menetapkan piawaian baru dengan menjadi satu-satunya pasukan dalam sejarah MPL Malaysia yang tidak kalah dalam sebarang permainan semasa Regular Season. Mereka menundukkan NINERS 2-0 untuk menjadikan jumlah kemenangan mereka sepanjang musim kepada 18 permainan menang tanpa berbalas, menjangkaui rekod 18-1 dari Team SMG pada Musim Ke-11.

 

Bountee Esports telah menjadi pasukan pertama dalam sejarah MPL Malaysia yang turun ke Liga Akademi Mobile Legends: Bang Bang (MAL MY) - sebahagian daripada ekosistem pembangunan liga esukan MLBB Malaysia - selepas kalah 1-2 kepada RSG MY. Permainan 3 diputuskan pada minit ke-18, apabila Midlaner pasukan Sarawak, Chua "Azyst" Yu Hao, tertangkap di luar kedudukan, menyebabkan Wipeout dan mengakibatkan kekalahan. Bountee Esports akan bersaing dalam Musim Ke-2 MAL MY sebagai pasukan Allied Conference, di mana mereka akan mencari peluang untuk kembali ke MPL Malaysia.

 

Kedudukan terakhir bagi Musim Biasa ke-13 adalah seperti berikut: